CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21031|Reply: 0

[Perlis] Ketukan misteri 'merebak' ke Perlis

[Copy link]
Post time 15-1-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Ketukan misteri 'merebak' ke Perlis


Aizat Sharif



Fatin Adilla Rosli dan Mohammad Zalghafari Mohd Zainuddin menunjukkan tingkap bilik di kediaman mereka masing-masing di Kampung Baru Lubuk Machang, Chuping yang didakwa diketuk pada awal pagi Jumaat lalu. FOTO AIZAT SHARIF



Padang Besar: Tidak hanya di Sabak Bernam, Jerantut atau Kuala Pilah, gangguan ketukan misteri sudah merebak hingga ke Perlis.

Ia berikutan penduduk di hampir 30 rumah di sekitar Kampung Baru Lubuk Machang, Batu Bertangkup, Chuping, di sini mendakwa mengalami gangguan berkenaan sekitar jam 2.20 pagi hingga 4.30 pagi, Jumaat lalu.

Gangguan ketukan misteri berlaku beberapa minit dan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia baru pertama kali dilaporkan berlaku di kampung itu.

Seorang penduduk, Fatin Adilla Rosli, 31, berkata, kejadian ketukan misteri itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi di kediamannya.

"Sebelum itu, saya baharu sahaja pulang dari Kuala Perlis bertemu dengan kawan dan sedang berehat sementara menunggu untuk mandi.

"Bapa pula sudah pun masuk tidur manakala ibu menemani saya berehat di ruang tamu. Ketika saya menguruskan keperluan ibu, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di tingkap bilik saya sebanyak dua kali. Ia sekejap sahaja tidak sampai dua minit.

"Tidak mahu mengambil risiko dan takut untuk membuka tingkap, saya membiarkan sahaja kerana gangguan itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Zalghafari Mohd Zainuddin, 25, mendakwa gangguan ketukan misteri itu berlaku di kediaman keluarganya sekitar jam 2.45 pagi.

"Saya sampai di rumah sekitar jam 2 pagi kerana sebelum itu keluar atas urusan peribadi dan tatkala saya baharu sahaja hendak tidur, terdengar ketukan pada tingkap bilik saya.

"Ketukan kuat itu berlaku sebanyak tiga kali dan menyangka ada pencuri yang cuba untuk memasuki rumah, saya segera menyelak langsir yang menutupi jendela itu namun tiada sebarang kelibat pun ditemui di luar rumah," katanya.

Mohammad Zalghafari turut keluar dari rumahnya untuk meninjau sekiranya ada kelibat pencuri yang cuba memasuki kediamannya namun tiada sesiapa pun ditemui sekitar rumahnya itu.

Kedua-dua penduduk itu kemudian dimaklumkan menerusi aplikasi whatsapp kampung berkenaan mengenai banyak lagi rumah di kampung itu yang turut mengalami gangguan ketukan misteri itu.

Sebagai langkah keselamatan, pnduduk meminta bantuan polis untuk meronda sekitar kawasan kampung dalam memastikan tiada berlaku sebarang kejadian seperti kecurian dan sebagainya.

Difahamkan gangguan berkenaan turut merebak hingga ke Arau.



Disiarkan pada: Januari 15, 2024 @ 9:31pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065101 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list