CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8656|Reply: 0

[Kedah] Rancangan tebatan banjir Kedah siap Sept ini

[Copy link]
Post time 15-1-2024 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Rancangan tebatan banjir Kedah siap Sept ini


BERNAMA



PROJEK Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit di Jalan Alor Setar-Kangar dijangka siap September ini. FOTO Bernama.



Alor Setar: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit, di sini bagi menyelesaikan masalah banjir di bandar raya ini dan Jitra, dijangka siap 9 Sep tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah berkata, sehingga 14 Jan, kemajuan semasa fizikal projek Kerajaan Persekutuan itu adalah 78.13 peratus.

"Yang tinggal kerja utama yang masih dalam pelaksanaan iaitu melibatkan pembinaan dua jambatan di Jalan Alor Setar-Kangar dan di Jalan Gunung Keriang.

Projek ini dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM79.5 juta, dilaksanakan secara berfasa," katanya kepada pemberita selepas melawat projek RTB berkenaan dekat sini, hari ini.

Katanya RTB itu menyediakan aliran baharu untuk menangani limpahan air dari tiga sungai utama iaitu Sungai Baru, Sungai Tanjung Pauh dan Sungai Anak Bukit.

Saifuddin berkata, sungai-sungai berkenaan melalui penempatan di kawasan kampung, taman perumahan serta kawasan industri yang melibatkan 63,000 penduduk.

Beliau berkata, projek itu juga dapat memelihara 9,000 hektar kawasan sawah padi di sepanjang laluan Jitra ke Alor Setar daripada ancaman ditenggelami banjir seperti sebelum ini.

Menurutnya lagi, lawatan hari ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek di Kedah dan memastikan projek-projek yang dibiayai peruntukan Kerajaan Persekutuan disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Ketika ditanya adakah perbezaan kepimpinan di peringkat negeri dan pusat menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan, beliau berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan sama sekali mengorbankan kepentingan rakyat.

"Walaupun wujud perbezaan dari segi kerajaan memerintah, saya tidak fikir rasional yang ada pada kepimpinan Kerajaan Persekutuan nak korbankan aspek kepentingan rakyat.

Ketika bajet Kerajaan Kedah peruntuk RM100 juta untuk pembangunan, Kerajaan Pusat turunkan RM1.81 bilion (untuk Kedah), saya tak fikir kesimpulannya (wujud) mengetepikan, membelakangkan, jauh sekali anak tirikan (Kedah)," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan melakukan pendekatan paling tepat kerana menyedari tanggungjawab hakiki untuk memberi keselesaan kepada rakyat perlu ditunaikan.



Disiarkan pada: Januari 15, 2024 @ 7:22pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049644 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list