CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8898|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasangan jual barang tiruan raih RM5,000 setiap kali 'live'

[Copy link]
Post time 15-1-2024 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan jual barang tiruan raih RM5,000 setiap kali 'live'


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



S Jegan (kiri) dan pegawainya memeriksa barang jenama mewah tiruan yang dirampas dalam serbuan di kediaman elit di Simpang Ampat. FOTO Danial Saad.




Nibong Tebal: Kegiatan suami isteri menjual pelbagai produk tiruan dengan beroperasi di kediaman elit di Simpang Ampat di sini, hanya bertahan empat bulan sebelum dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengarah KPDN negeri S Jegan berkata, siasatan mendapati pasangan masing-masing berusia 26 tahun dan 31 tahun itu sebelum ini menjalankan kegiatan sama di Parit Buntar, Perak.

Katanya, mereka kemudian berpindah di kejiranan teres dua tingkat itu yang mempunyai kawalan keselamatan ketat dan pelawat perlu mendapat kebenaran penghuni sebelum dibenar masuk.

Menurutnya, serbuan pada 11 pagi tadi hanya boleh dilakukan selepas pihaknya mendapat nombor unit kediaman yang turut dijadikan tempat penyimpanan barang.

"Serbuan itu hasil risikan dan intipan selama seminggu, selepas pihak kami menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagang jenama terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jegan berkata, sejumlah 1,437 beg tangan, dompet, barangan kemas seperti gelang tangan selain minyak wangi, tuala dan selimut disita, dipercayai menggunakan cap dagangan palsu dianggarkan bernilai RM70,250.

Katanya, ada antara barangan palsu jenama mewah itu dijual secara bidaan serendah RM50, selain paling tinggi RM1,400 ketika pasangan itu melakukan penstriman langsung.

Menurutnya, pasangan itu dipercayai melakukan penstriman langsung selama tiga kali seminggu dan mampu meraih kira-kira RM5,000 pada setiap sesi.

"Kesemua stok barang berkenaan diperoleh dari Guangzhou, China untuk pasaran tempatan dan kita tidak menolak ia akan dipasarkan secara lebih meluas menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

"Keempat-empat individu (suami isteri dan dua pekerja) terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Cap Dagangan 2019," katanya.



Disiarkan pada: Januari 15, 2024 @ 6:52pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.212890 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list