CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12405|Reply: 0

[Selangor] Sedap, murah, kantin sekolah di Gurun jadi ‘syurga’ pelajar

[Copy link]
Post time 15-1-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode

Antara gambar-gambar yang dikongsikan Mohd Fahmi di Facebook menunjukkan menu-menu yang dijual di kantin SMK Tunku Sulong.

PETALING JAYA – Kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Gurun, Kedah, hebat diperkatakan netizen berikutan menjual pelbagai jenis makanan bertaraf kafe terkenal dengan harga yang murah.

Mohd. Fahmi Ahmad menerusi Facebook, turut berkongsi gambar menu-menu berkenaan yang dijual di Sireh Kafe Tunku Sulong itu, sehingga membuatkan orang ramai teruja.

Lebih mengujakan, apabila Mohd. Fahmi memaklumkan bahawa nasi goreng Pattaya dijual dengan harga cuma RM4 di kantin sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Menu istimewa hari ni nasi goreng Pattaya, ayam goreng ‘crispy’, ayam Korea dan macam-macam lagi.

“Syurga makanan buat semua pelajar dan warga SMK Tunku Sulong Jeniang. Staf hantar gambar makanan tadi, terkejut saya.

“Syukur dapat semua staf yang baik-baik dan ikhlas. Kepuasan anda keutamaan kami,” katanya.

Rata-rata orang ramai teruja dengan perkongsian berkenaan dan menyifatkan ia sesuatu yang wajar dicontohi pengusaha kantin yang lain.

“Terbaik, mana nak dapat dah harga RM4,” komen seorang pengguna.

“Ronda sekolah satu Malaysia pun, tak boleh jumpa macam Bos Fahmi punya persembahan. Modal besar, untung kecik, jual banyak untung besar. Pak Ndak bagi AAAAA++,” puji Azni Rambli.

“Sekolah ni pelajar rehat lama ke? Tak puas kalau aku belajar situ, semua nak makan,” ujar Zainal Azmi.

“Meriahnya. Alhamdulillah rezeki anak-anak sekolah dapat makan sedap-sedap. Semoga murah rezeki tuan semua,” doa Asmidar Nor. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... adi-syurga-pelajar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.032842 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list