CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10176|Reply: 0

[Kedah] 3 didakwa tipu percukaian kereta mewah di Langkawi

[Copy link]
Post time 15-1-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode
3 didakwa tipu percukaian kereta mewah di Langkawi


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LELAKI (berbaju dengan penutup kepala) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi melakukan penipuan dalam percukaian kereta mewah di Langkawi sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan.

Tertuduh Mohd Noh Hussain, 47, Mohd Khairul Suberi, 36, dan Fairul Ismazi Ishak, 46, mengaku bersalah selepas pertuduhan secara berasingan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Noh yang juga bekas eksekutif jualan dan operasi di syarikat Naza Italia Sdn Bhd (NISB) di Langkawi dituduh mengemukakan akuan bersumpah palsu bahawa pembeli kereta, Ahmad Kamal Kasani adalah pemastautin Langkawi dan membeli Ferrari FF berharga RM968,064.50 pada Mei 2014.

Berikutan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenakan bayaran duti RM292,792.80 ke atas kenderaan mewah itu yang mahu dibawa keluar dari Langkawi pada 2021, sedangkan dia bukan penduduk pulau itu dan sepatutnya dikenakan cukai RM1,833,111.41.

Berikutan itu, Mohd Noh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Dalam pendakwaan berasingan, Mohd Khairul dan Fairul Ismazi dituduh menggunakan dokumen palsu dalam melakukan penipuan cukai membabitkan kereta mewah yang dibeli bukan pemastautin Langkawi.

Kedua-dua mereka didakwa memalsukan Borang Kastam Bagi Penghantaran Import dengan tujuan bagi memperdaya JKDM dalam urusan berkenaan antara 21 April hingga 22 April 2021.

Berikutan mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Mohd Afif Ali, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran dan Quah Chien Chieh.

Hakim membenarkan Mohd Nor diikat jamin RM20,000; Mohd Khairul (RM10,000) dan Fairul Ismazi (RM5,000). Hukuman akan diputuskan esok.



Disiarkan pada: Januari 15, 2024 @ 4:34pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list