CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7311|Reply: 0

[Kedah] Berpantang maut sebelum ajal

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA BBP Sik melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kayu lapis di Kampung Charok Pasir. FOTO Ihsan Bomba

Sik: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku apabila pemandu Perodua Myvi hanya cedera di kaki walaupun tersepit di bawah treler membawa muatan kayu lapis dalam kemalangan tiga kenderaan di Kampung Charok Pasir, di sini malam tadi.

Lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik yang mengambil masa kira-kira sejam di bawah timbunan kayu lapis itu.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 10.55 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan treler yang membawa papan lapis, sebuah Proton Iswara dan Perodua Myvi.



"Anggota kami berusaha mengeluarkan lelaki yang tersepit di sebalik timbunan papan lapis di bawah lori berkenaan.

"Operasi penyelamatan dilakukan dengan berhati-hati disebabkan kaki mangsa tersepit betul-betul di bawah treler sehingga berlaku tumpahan minyak yang boleh mengundang bahaya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, operasi memunggah timbunan kayu lapis itu turut dibantu jentera jengkaut dan proses mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas hidraulik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 10.50 malam.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu mengalami kecederaan dan masing-masing dihantar ke Hospital Baling dan Hospital Sik untuk menerima rawatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-maut-sebelum-ajal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.784245 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list