CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4327|Reply: 10

[Politik] RUU kekalkan kerajaan penting untuk kestabilan politik - Ahmad Maslan

  [Copy link]
Post time 15-1-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode


Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal, penting bagi menjamin kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata cadangan tersebut akan memberi peluang kepada parti yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) memerintah dan meneruskan agenda pembangunan tanpa digugat dengan sebarang usaha menumbangkan kerajaan.

"Apa yang dicadangkan itu adalah cadangan yang baik dan tentunya akan diperhalusi pihak berkaitan; bahagian undang-undang iaitu Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.

"Perkara itu penting untuk memberikan kestabilan kepada kerajaan pada masa akan datang supaya tidak berlaku lagi situasi seorang Yang di-Pertuan Agong ada empat Perdana Menteri dan ini menyebabkan ketidakstabilan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pontian di bangunan JKR, di Pontian hari ini

Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal, diwujudkan dan dibentangkan di Parlimen.

Sejak Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memegang tampuk pemerintahan negara bermula 31 Jan 2019, empat Perdana Menteri berbeza dilantik bermula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata pihak pembangkang yang mendakwa mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi untuk menumbangkan kerajaan perlu membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat.

"Mereka asyik kata itu dan ini, SD sudah cukup, jadi saya menyokong cadangan Perdana Menteri supaya pihak berkaitan membuat usul percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat pada bulan Feb ataupun Mac akan datang.

"Mereka telah dicabar sebelum ini tetapi mereka tidak berani buat. Mereka kata pada bulan 10 akan bertukar kerajaan tetapi apabila tibanya bulan 10 tidak ada apa-apa dan mereka kata bulan Januari akan ada pertukaran kerajaan tetapi ia hanya sekadar khayalan dan ilusi yang tidak ada satu faedah kepada kestabilan politik dan juga kesejahteraan rakyat," katanya.

Semalam, Presiden UMNO mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen, bagi memastikan peristiwa kekerapan pertukaran Perdana Menteri pada penggal Parlimen ke-14 tidak berulang pada masa hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dipetik sebagai merujuk kepada gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan MADANI yang dipimpin Anwar.

- Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 09:55 AM | Show all posts
zoo gelanggang pertahan / berebut / bercakar /  berdrama / etc kekalkan empire keturunan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:00 AM | Show all posts
next sesi bulan feb ni boleh la kita tengok
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan bukan Taliban yang memerintah, akak sokong jah, tak kuasa akak nak berbungkos ala-ala penduduk fadang fasir penunggang unta
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
X setuju. Mcm2 boleh jadi akan dtg. Dibuat nya korang jadi pemerintah suka hati. Dahlah dap tu majoriti. Sorry to disagree
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:50 PM | Show all posts
xbagus... ok...boleh jadi siapa2 pun menjadi diktator 5 tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat kalut sgt.. takut meh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
UNTUK KEKAL BERKUASA...la abang-abangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-1-2024 10:10 AM
Asalkan bukan Taliban yang memerintah, akak sokong jah, tak kuasa akak nak berbungkos ala-ala pendud ...

ko berbugil la naik parasailing cam budok cina yg acik blackbird citer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-1-2024 02:50 PM
xbagus... ok...boleh jadi siapa2 pun menjadi diktator 5 tahun

Lebih baik jadi diktator 5 tahun  ketimbang diktator 22 tahun 22 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bekas banduan peliwat tersohor gigih nak jadi diktator?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090985 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list