CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17358|Reply: 0

[Perlis] Pesara kerajaan, swasta rugi RM1.05 juta diperdaya scammer

[Copy link]
Post time 13-1-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD (tengah) bersama anggota dan pegawai polis kontinjen Perlis bergotong royong membersihkan sebuah surau di Kangar, hari ini.

KANGAR – Warga emas di negeri ini terutama golongan pesara kerajaan mahupun swasta terus menjadi sasaran penipuan atas talian oleh sindiket penipuan dengan mencatatkan RM1.05 juta jumlah kerugian.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, walaupun bilangan kes penipuan tersebut tidak begitu tinggi namun nilai kerugian dicatatkan mencecah RM1.05 juta sepanjang tahun lalu.

“Pada tahun lalu, sebanyak 417 kes melibatkan pelbagai jenis jenayah komersil dicatatkan dengan jumlah kerugian kira-kira RM5.5 juta dicatatkan sepanjang Januari hingga Disember.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 31 kes melibatkan golongan pesara kerajaan dan swasta dengan penjaman tidak wujud (2 kes); pelaburan tidak wujud (11), phone scam dan lain-lain sebanyak 18 kes,” katanya ketika ditemui semasa program Gotong Royong Perdana Polis Bersama Masyarakat Perlis, di sini hari ini.

Tambah Muhammad, trend penipuan atas talian turut berubah daripada Macau Scam kepada pelaburan tidak wujud yang menyasarkan golongan pesara yang memiliki jumlah simpanan yang tinggi.

“Kebanyakan mangsa tertarik keuntungan dijanjikan dan menyalurkan wang kepada sindiket. Apabila sampai tempoh ditetapkan, sindiket akan menghubungi mangsa bagi memaklumkan pelaburan dilakukan telah memberi pulangan namun perlu sekali lagi membayar jumlah tertentu bagi mengeluarkan ‘hasil’ pelaburan mereka,” ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan rekod, terdapat seorang pesara kerugian kira-kira RM400,000 hasil simpanannya daripada beberapa akaun seperti Amanah Saham Nasional dan lain-lain akibat penipuan pelaburan tidak sah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -diperdaya-scammer/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.071512 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list