CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16768|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 10,000 akaun pengguna PBAPP di Barat Daya masih terjejas

[Copy link]
Post time 13-1-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 10,000 akaun pengguna PBAPP di Barat Daya masih terjejas


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir pada Majlis Pelancaran Papan Tanda ‘Love Penang Hill’ di Stesen Atas Bukit Bendera di sini. FOTO DANIAL SAAD




Georgetown: Berbaki lebih 10,000 akaun pengguna Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Daerah Barat Daya masih terjejas berikutan gangguan air berjadual dengan bekalan dijangka pulih sepenuhnya menjelang jam 6 pagi esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata sejak kelmarin pasukan lori tangki telah digerakkan secara optimum di Barat Daya dengan wakil rakyat kawasan terbabit turun padang memantau pembekalan air sehingga dinihari bagi memastikan semua tangki statik dan tangki fleksi diisi air.

"Data menunjukkan kawasan Barat Daya sudah pulih 88 peratus dan usaha pemulihan akan diteruskan sepanjang hari untuk memastikan premis yang belum menerima air mendapat bekalan dengan kadar ditetapkan sebelum ini.

"Kita sebenarnya mengikut jadual namun banyak kawasan lain sudah dapat air lebih awal daripada jadual asal yang ditetapkan," katanya selepas merasmikan papan tanda LovePENANG di Bukit Bendera hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata kerja-kerja lencongan paip merentasi jambatan Ampang Jajar bagi menangani isu kebocoran paip di Sungai Perai akan dimulakan sebaik saja mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, kebocoran paip Sungai Perai yang dikesan semalam membabitkan beberapa bahagian baharu daripada pembaikan sebelum ini dan paip berusia lebih 30 tahun itu tidak lagi boleh dibaiki selain pihaknya mendapati konkrit yang melindungi paip itu terkeluar di banyak bahagian.

Beliau yang juga EXCO Kewangan, Pembangunan Tanah dan Komunikasi negeri, berkata pihaknya menyasarkan pembinaan lencongan itu tidak akan menyebabkan gangguan air kepada kawasan terkesan dengan masalah bekalan pada ketika ketika ini.

"Dalam beberapa minggu, kita akan terus memantau paip sedia ada selain meminta penyelam-penyelam berpengalaman bersiap sedia kalau perlu kita akan melakukan kerja sementara membalut bahagian bocor seperti dilakukan sebelum ini," katanya.

Katanya, dua paip masing-masing berdiameter 900 milimeter (mm) itu akan menggantikan paip asal berdiameter 1,350mm buat sementara membabitkan jarak lencongan sejauh kira-kira 500 meter dengan tugas berkenaan dijangka selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.

"Paip di dasar sungai ada satu saja. Cuma buat sementara ini kita akan pasang dua paip baharu sebab kita tiada saiz paip sama dengan yang bocor tersebut.

"Namun, dua paip berkenaan lebih daripada kapasiti sedia ada iaitu keseluruhan 1,800mm yang terletak di atas permukaan air dan dalam jangka masa panjang kita akan membina paip baharu jauh dari jambatan Ampang Jajar ," katanya.

Sementara itu, 157 kawasan lagi membabitkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau dijangka mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Baki 16 peratus pengguna terjejas akan menerima bekalan air dalam tempoh 96 jam dengan pengguna terakhir yang menerima air membabitkan pengguna di kawasan hujung paip agihan (EoL) dan kawasan tinggi.



Disiarkan pada: Januari 13, 2024 @ 2:58pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.238971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list