CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9348|Reply: 0

[Kedah] Lima PATI warga Myanmar ditahan guna dokumen meragukan

  [Copy link]
Post time 13-1-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Lima PATI warga Myanmar ditahan guna dokumen meragukan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
13 Januari 2024 11:48am




Lima PATI warga Myanmar ditahan kerana menggunakan dokumen meragukan di kedudukan 6.6 batu nautika barat laut muara Kuala Kedah pada Jumaat.




ALOR SETAR - Lima lelaki disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah feri penumpang di kedudukan 6.6 batu nautika barat laut muara Kuala Kedah dekat sini pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kesemua lelaki warga Myanmar terbabit ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jam 3.45 petang.



Menurutnya, mereka ditahan kerana disyaki menggunakan dokumen meragukan.

"Sebelum itu, bot ronda PERKASA 1226 sedang melaksanakan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah sebelum menerima maklumat risikan dan menahan feri yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.


"Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas feri, anggota penguat kuasa mendapati lima lelaki itu hanya memiliki sekeping kad meragukan kerana kad terbabit tidak mempunyai data pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Noor Azreyanti berkata, kesemua PATI terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).

"Sehubungan itu, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut,"katanya.

Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list