CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18203|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak lelaki dihantar kembali ke pangkuan keluarga

  [Copy link]
Post time 12-1-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak lelaki dihantar kembali ke pangkuan keluarga

12 Januari 2024 04:45pm



Gambar hiasan.




BALIK PULAU - Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lepas, susulan dibawa keluar oleh bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga telah dihantar ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kanak-kanak berusia lapan tahun itu diserahkan oleh bapa saudaranya itu kepada seorang lagi bapa saudara untuk dihantar kepada keluarganya di Teluk Kumbar, di sini.



"Polis menerima laporan daripada bapa tiri kanak-kanak itu memaklumkan kanak-kanak itu dibawa menaiki kereta oleh adik iparnya (suspek) pada jam 2.30 petang Jumaat lepas.
"Apabila mereka menghubungi adik iparnya, dia tidak menjawab panggilan telefon atau mesej menerusi aplikasi WhatsApp.


"Setakat Selasa, keluarga berkenaan masih gagal menghubungi lelaki terbabit bagi mengetahui keberadaannya dan kanak-kanak itu, lalu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anak mereka," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu di Teluk Kumbar di sini, merayu supaya anak lelakinya dibawa pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Wanita terbabit mendakwa pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa berikutan adik lelakinya yang berusia 29 tahun itu pernah membawa anaknya keluar bersiar-siar.

Mengulas lanjut, Kamarul Rizal berkata, susulan laporan dibuat bapa tiri kanak-kanak itu, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan lelaki dan kanak-kanak berkenaan termasuk ke rumah seorang ahli keluarga mereka di Batu Gajah, Perak pada Rabu.


"Kedua-duanya tiada di situ (Batu Gajah), namun lelaki itu dipercayai menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada abangnya untuk diserahkan kepada keluarga.

"Dia mendakwa tidak menculik anak saudaranya sebaliknya hanya membawanya berjalan-jalan," katanya.


Beliau berkata, pihaknya kini giat mengesan lelaki itu dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062406 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list