CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9939|Reply: 0

[Pulau Pinang] 495,065 penduduk Pulau Pinang dijangka dapat bekalan air esok

  [Copy link]
Post time 12-1-2024 10:03 AM | Show all posts |Read mode
495,065 penduduk Pulau Pinang dijangka dapat bekalan air esok

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
12 Januari 2024 08:34am




Antara kerja yang dijalankan iaitu penggantian dua injap kawalan (diameter 1.2m) yang bocor di LRA Sungai Dua.




GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyasarkan 495,065 daripada 590,000 pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual akan mendapat bekalan air pada jam 6 pagi, Sabtu.

PBAPP dalam kenyataannya berkata, tahap 2 pemulihan bekalan air bermula dari 6 pagi Jumaat, dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke bahagian pulau.



"Pengguna yang berhampiran dengan Kompleks Kolam air dan Rumah Pam Bukit Dumbar akan mendapat bekalan air terlebih dahulu. Bekalan kemudiannya akan diperluaskan ke luar dan ke selatan ke arah kawasan di daerah Barat Daya.

"Ini adalah selaras dengan turutan pemulihan yang ditetapkan selepas setiap kali LRA Sungai Dua 'dimulakan semula'.



"PBAPP akan terus memberi mengemas kini mengenai proses pemulihan Tahap 2 hari ini," katanya.

Tambah PBAPP, setakat ini, beberapa kerja telah selesai yang mana, yang terbaru adalah pembaikan saluran paip Sungai Perai yang selesai pada jam 6 pagi, Jumaat.

"Selain itu, penggantian dua injap kawalan (diameter 1.2 meter) yang bocor di LRA Sungai Dua dan projek kerja air dan penyelenggaraan pencegahan di 22 lokasi lain juga telah selesai pada Khamis.

"Kerja pembaikan respons kecemasan Sungai Perai iaitu mengapitkan lubang sepanjang 1.35 meter pada saluran paip bawah air telah selesai pada jam 6 pagi, Jumaat.




"Tahap 1 pemulihan bekalan air melibatkan 197,025 pengguna (33 peratus daripada pengguna terjejas) di Seberang Perai serta pembaikan saluran paip Sungai Perai juga selesai pagi ini. Pengujian dan pengoperasian semula dibuat secara beransur-ansur," katanya lagi.

PBAPP turut memaklumkan, tahap 2 pemulihan bekalan air melibatkan 495,065 pengguna (84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Perai dan di bahagian Pulau sedang berterusan.








"Kita menyasarkan ia akan selesai pada jam 6 pagi, Sabtu. Bagaimanapun, tahap 3 pemulihan bekalan air iaitu 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian Pulau akan diselesaikan pada pagi Ahad ini.

"Tahap 4 juga iaitu melibatkan baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian Pulau juga dijangka selesai pada pagi Ahad," katanya.

Pada Khamis, kerja-kerja penggantian dua unit injap LRA Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh negeri ini berjaya disiapkan awal daripada jadual yang ditetapkan pada malam Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K Pathmanathan berkata, pemulihan bekalan air peringkat satu telah bermula pada jam 11 malam dan dapat diselesaikan pada jam 6 pagi Jumaat.

Menurutnya, bekalan air dinormalisasi secara berperingkat dan dapat disalurkan semula kepada 197,025 pengguna di kawasan Seberang Perai.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.176169 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list