View: 11877|Reply: 64
|
Mat Salih Terkejut Tengok ‘Planner’ 2024, Malaysia Paling Banyak Cuti Umum...
[Copy link]
|
|
MEMASUKI tahun baharu 2024, perkara pertama yang dicari sudah tentunya adalah kalendar untuk merancang itinerari sepanjang tahun.
Senarai cuti umum antara yang menjadi perhatian untuk menyusun kelapangan masa bagi tujuan melancong atau menguruskan hal peribadi.
Bergantung kepada negara dan negeri masing-masing, seseorang itu mungkin mempunyai cuti umum yang berbeza daripada yang lain.
Senarai cuti umum negara di seluruh dunia.
Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki mat salih dikenali sebagai Mark Odea berkongsi fakta menarik dengan pengikutnya mengenai cuti umum di Malaysia yang mengejutkan ramai.
Menerusi video tersebut, Mark yang memiliki sejuta pengikut di platform itu menunjukkan sebuah buku catatan (planner) yang di dalamnya terkandung senarai cuti umum negara-negara di seluruh dunia.
"Okay jom kita tengok satu-persatu. Kita ada Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Singapura, Filipina, Hong Kong, Amerika Syarikat.
"Dan akhir sekali, kita ada Malaysia! Tengok betapa panjangnya senarai cuti umum mereka, sepanjang-panjang perjalanan merantau ke hujung galaksi.
"Jadi kita ada pemenangnya di sini, negara dengan cuti yang terbanyak adalah Malaysia!" kata Mark yang turut popular dalam kalangan netizen Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutamanya dari Malaysia kagum kerana tanah air tercinta mempunyai pencapaian yang sebegitu unik.
Walaupun banyak cuti umum, kita antara negara dengan waktu bekerja yang paling lama di seluruh dunia. WARGA MAYA
"Mak saya pernah tanya kenapa tak nak pergi bekerja di Singapura dengan gaji yang lebih lumayan, inilah antara sebabnya. Cuti umum banyak baru best!
"Itu belum masuk 'cuti peristiwa' macam menang perlawanan bola sepak, kerajaan umum cuti ekstra untuk perayaan atau cuti pilihan raya.
"Antara kelebihan negara berbilang kaum dan etknik, banyak sambutan yang kita raikan, makanya cuti umum pun banyak.
"Kawan dari United Kingdom pernah gelakkan saya sebab katanya cuti tahunan Malaysia sikit yang amat, memang betul. Tapi kemudian saya tanya balik berapa banyak cuti umum dekat sana, katanya hanya lapan, kesian," kata warga maya.
Warga maya lain pula menjelaskan cuti umum Malaysia dalam buku catatan tersebut kelihatan panjang kerana ada sedikit kesilapan.
"Buku tu gabungkan semua cuti umum di peringkat kebangsaan dan juga negeri, itu yang nampak panjang. Cuti umum negeri tak bermaksud seluruh rakyat Malaysia cuti, hanya mereka yang duduk di negeri itu sahaja.
"Sebab tu tema industri pelancongan kita Cuti-Cuti Malaysia.
"Tapi saya pernah baca, walaupun kita banyak cuti umum, kita antara negara dengan waktu bekerja yang paling lama di seluruh dunia, seimbang," jelas warga maya.
Sumber : mStarOnline |
|
|
|
|
|
|
|
Semak lah tgk dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke heols dh lama menetap kat Msia? xkan bru perasan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esbok at 12-1-2024 09:34 AM
Sebab kita negara majmuk, kita hormat semua orang punya agama dan budaya. Sebab tu orang suka duduk Malaysia pasal kita layan je semua. Tema paling tepat pernah diguna, Malaysia truly Asia.
Orang luar tak perlu highlight, usik nak compare.
|
|
|
|
|
|
|
|
geli la mat kepam kaki pelacur ni...... buat content acah2 pelik dengan Malaysia...padahal dah bertahun2 duk sini daripada zaman aku study 15 taun lepas dia dah buat video youtube bagai... dah putus ke ngan amoi pelacur playboy tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Content utk likes |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya, padahal cam lama dah dia dok Msia nih. purak2 terkejut plak, ceh. aku tgk xde la tiap bln ada cuti. jgn la kira sekali cuti peringkat negeri tu sbb bkn seluruh negara cuti time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketahuilah sesungguhnya wlpn ada negara yg cuti dia nmpk sikit mcm jepun, tapi sekali cuti amek kau 3 -5 hari dia bg |
|
|
|
|
|
|
|
ala dia ni, bukannya setahun dua duk Malaysia. Sudah la kau Mark, bukannya orang tak kenal kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Demi konten tak dramatik tak sah. Clout chaser! |
|
|
|
|
|
|
|
Jeles ke nokss |
|
|
|
|
|
|
|
mark ni bukan main jubo pui yi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kau tak check thai punya ph ke mark..lagi banyak dari malaysia ok..kalau ph jatuh hari jumaat, hari khamis pon dah cuti..kau jangan buat2 vodo asal nak viral |
|
|
|
|
|
|
|
pnh jd host 8tv quickie juga
dan model utk beberapa iklan tv
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia mmg suka cuti. so whatttt |
|
|
|
|
|
|
|
aku heran la dgn bangsa bangsa asing yg duk heran
cuti org malaysia bnyak
abis hangpa tu sekali cuti seminggu
golden holiday la apa la
biar la rakyat malaysia nk cuti bnyak pon
bukannya x jalan kerja tu..
kdng tu je la cuti yg ada pon
AL sikit je nk perabih utk setahun tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takdanya dia terkejut. Dia dah dok kat msia puluh tahun. Tau dah public hols kat sini camna
Sekadar content |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti perayaan sb kita hormat,tolak ansur dn nk bg peluang kpd semua raikan perayaan memasing.Sb Msia ni pelbagai kaum..sekurang kurangnya ada Raya,CNY,Deepavali,Krismas..tu semua dh wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Mark, you main jubo sudah lah... |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk laa...padahal suka tu dok di msia sampai sudah tak balik2 negara asal. ke dia mmg ada susur galur ummah malaya?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|