CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21404|Reply: 0

[Sarawak] AirAsia perkenal tambang tetap sehala sempena perayaan

[Copy link]
Post time 11-1-2024 08:16 PM | Show all posts |Read mode


Lee menerima kunjungan delegasi Airasia, Hamdan (dua kiri), Dr Jerip (tiga kanan) serta yang lain.

KUCHING: Syarikat penerbangan AirAsia Berhad (AirAsia) memperkenalkan tambang tetap sehala sempena musim perayaan akan datang terutama Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 10 Februari 2024.

Ketua Hal Ehwal AirAsia Sarawak Hamdan Mohamad berkata Airasia Berhad telah memperkenalkan tambang tetap pada RM298 sehala dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu Bintulu dan Kuching.

Sementara itu dari Johor Bahru ke Sibu, Miri dan Kuching yang dijadualkan pada 5 hingga 15 Februari 2024.

“Inisiatif tambang tetap rendah syarikat penerbangan itu juga selaras dengan program FLYsiswa kerajaan untuk memberi subsidi RM300 untuk pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam.

“Skim subsidi tambang asas RM599 untuk pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) seperti yang diumumkan tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan AirAsia Berhad dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin di sini, semalam.

Katanya pengenalan tambang tetap berkenaan merupakan antara taklimat yang disampaikan kepada Lee selain prestasi operasi AirAsia pada 2023 dan perancangan mereka pada 2024.

Hamdan turut memaklumkan kebanyakan muatan penumpang ke Sarawak adalah sangat baik dan dijangka berterusan pada 2024, kecuali laluan Singapura-Miri dan Sibu.

“Di mana AirAsia sedang dalam proses untuk menghentikan laluan pada Februari tahun ini kerana kerugian mula meningkat,” ujarnya.

Semasa perbincangan, Lee menekankan bahawa memandangkan faktor muatan penumpang penerbangan Kuching-Jakarta adalah sangat baik, beliau mencadangkan kepada AirAsia untuk meningkatkan kekerapan penerbangan kepada penerbangan harian.

Beliau juga menasihati mereka yang ingin melakukan perjalanan pada musim perayaan atau cuti sekolah yang akan datang supaya merancang dan menempah penerbangan mereka awal untuk mendapatkan tambang penerbangan terbaik dan tidak membuat tempahan saat akhir.

“Saya akan bertemu syarikat penerbangan lain untuk meminta penerbangan tambahan pada musim perayaan dan cuti sekolah akan datang,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil bersama pegawai-pegawai Bahagian Penerbangan Kementerian yang diketuai Zulkarnain Rosli dan Penasihat Teknikal Penerbangan Sio Yew Hua.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066526 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list