CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21887|Reply: 0

[Sarawak] Premier sumbang RM50,000 kepada sukarelawan melecur ketika selamatkan mangsa kebakaran

[Copy link]
Post time 11-1-2024 07:50 PM | Show all posts |Read mode


Fazzrudin mewakili Abang Johari melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Muhamad Syafiq di kediamannya hari ini. Turut kelihatan, ibu mangsa, Julia Jemat, 56 (tiga kiri). - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan sumbangan peribadi sejumlah RM50,000 kepada seorang anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melecur ketika cuba menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa pada Ogos, tahun lalu.

Mangsa Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, 34, kini dalam fasa pemulihan selepas 75 peratus badannya melecur dan disahkan mengalami kesan kebakaran tahap ketiga dalam peristiwa terbabit.

Penyerahan bantuan itu diwakili Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman di kediaman mangsa di Stutong Height Apartment 2, di sini hari ini.

"Alhamdulillah, Kerajaan Sarawak telah bertindak dengan pantas dan sudah tentu akan memberi bantuan kepada mangsa termasuk mendapat perhatian Premier Sarawak (Abang Johari).

"Premier telah memanggil saya dua hari yang lepas dan beliau telah mengarahkan saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada Syafiq atas keberaniannya dan tidak mementingkan diri.

"Abang Johari amat prihatin dan beliau juga cukup risau akan keadaan yang menimpa keluarga ini," katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan sumbangan terbabit di Stutong Height Apartment 2, di sini hari ini.

Jelasnya, selain Syafiq, adik mangsa juga memerlukan bantuan perubatan berkala ketika ini.

"Sehubungan itu, hasil penelitian Abang Johari, beliau telah menyumbang RM50,000 kepada keluarga mangsa untuk meringankan beban dan membantu dalam proses pemulihan beliau.

"Kita harap dengan sumbangan ini ia serba sedikit dapat meringankan masalah yang dihadapi keluarga mangsa," ujarnya.

Fazzrudin pada masa yang sama berharap agar seluruh rakyat Sarawak mendoakan agar mangsa diberikan kesembuhan dan kekuatan.

"Kita dapat menyaksikan keadaan mangsa yang amat memilukan apatah lagi keluarga yang menghadapi situasi ini," jelasnya.

Beliau turut menyatakan ucapan penghargaan kepada pihak yang berkaitan termasuk wakil rakyat serta agensi yang turut memberi bantuan dengan pantas bagi membantu dan meringankan beban mangsa.

"Sifat bantu membantu ini adalah sifat semula jadi rakyat Sarawak yang cepat bertindak bagi membantu orang lain," katanya sambil menambah, Kerajaan Sarawak akan memastikan mangsa terlibat dalam bencana tidak akan tercicir daripada menerima bantuan.

Terdahulu, Mohamad Syafiq meredah api yang marak untuk menyelamatkan seorang mangsa kanak-kanak yang terperangkap dalam insiden kebakaran di RPR, Batu Kawa dalam kejadian yang berlaku pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu iaitu Zayyan Nazeem Zainal Abidin, 6, tidak dapat diselamatkan dan ditemui rentung oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika kerja 'overhaul' dilakukan.

Berikutan insiden itu, Mohamad Syafiq mengalami kesan kebakaran tahap ketiga dan dimasukkan ke zon merah Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mangsa telah didiscaj dari HUS pada November tahun lalu dan menjalani rawatan pemulihan di rumah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.079555 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list