CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5469|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pesta jual makanan harga 'runtuh'

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai membeli juadah yang dijual peniaga di pintu gerbang Kampung Lonek. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jempol: Tawarkan makanan lazat pada harga amat murah. Itu tarikan 'luar biasa' 33 peniaga di pintu gerbang Kampung Lonek di sini, yang menawarkan kuih muih dan masakan pada harga hanya RM1 hingga RM3.

Sebagai contoh donut bomboloni yang biasanya dijual menjangkau harrga RM5 seketul sebaliknya dijual RM1 setiap satu.

Selain itu terdapat 80 menu lain kuih muih, masakan barat dan minuman dijual di lokasi berkenaan.

Aktiviti jualan murah itu diperkenalkan Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir bagi membantu golongan wanita menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan sejak 17 November tahun lalu.



Pelanggan, Nur Syakila Borhan, 32, berkata, dia terkejut dengan harga amat murah ditawarkan peniaga di kawasan itu.

"Ketika hampir semua barangan mengalami kenaikan harga, program jualan harga murah ini pastinya membantu ramai penduduk.

"Saya berbelanja RM20 namun dapat membeli lapan jenis juadah dan ia sangat berbaloi," katanya.

Sementara itu, pelanggan, Nurul Hafiza Musijap, 31, berkata, dia sudah lima kali datang membeli juadah di lokasi itu sejak mengetahui keistimewaannya.

"Berbaloi untuk membeli pelbagai juadah di sini biarpun perlu datang sejauh 20 kilometer dari FELDA Pasoh Dua. Namun disebabkan harganya murah, ia tidak menjadi masalah," katanya.

Peniaga, Nor Aida Mohd Jailani,41 berkata, sejak berniaga di lokasi berkenaan, dia berjaya meraih pendapatan diantara RM90 hingga RM120 sehari.

Katanya, perniagaan mereka bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

"Seronok berniaga di sini disebabkan peniaga menjual menu berbeza dan pendapatan diterima dapat membantu keluarga berikutan saya perlu menjaga suami yang terlantar sakit," katanya.

Sementara itu Pengurus PKD Serting Ilir Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar berkata, program jualan yang diadakan bertujuan membantu golongan wanita mencari pendapatan melalui perniagaan makanan.

"Pintu gerbang Kampung Lonek dipilih berikutan ia menjadi laluan utama ke kampung berkenaan selain terdapat inap desa yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

"Syarat utama untuk berniaga di sini, makanan dijual hanya dari harga RM1 hingga RM3 sahaja selain perlu menjual menu berbeza dari peniaga lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akanan-harga-runtuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.165259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list