View: 4979|Reply: 0
|
[Kelantan]
Enam PATI dicekup semasa sedang bekerja
[Copy link]
|
|
Sebahagian PATI yang dicekup dalam Ops Belanja JIM di beberapa buah premis perniagaan semalam. FOTO IHSAN JIM KELANTAN
KOTA BHARU – Enam lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam Ops Belanja, Jabatan Imigresen (JIM) semasa mereka sedang bekerja di beberapa buah premis di sekitar daerah ini semalam.
Unit Tindakan Operasi Bahagian E JIM Kelantan dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI yang ditahan itu masing-masing merupakan dua orang lelaki Pakistan, Myanmar dan Bangladesh.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati, mereka tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini.
“Kesemua PATI itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun. Tiada borang imigresen 29 iaitu saman kepada saksi dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan.
“Seramai 11 warga asing diperiksa sepanjang operasi itu, namun hanya enam PATI ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Tahan Merah dekat sini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... asa-sedang-bekerja/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|