CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5377|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kakak teringin nak jumpa adik, kalau boleh biar berempat'

  [Copy link]
Post time 11-1-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode
'Kakak teringin nak jumpa adik, kalau boleh biar berempat'


Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my



Norini Awang, 65, menunjukan gambar dua daripada empat adiknya dikenali sebagai Suraya dan Din yang ditemui buat pertama kali pada 27 tahun lalu. FOTO IHSAN NORINI




Tasek Gelugor: Walaupun tidak pernah membesar bersama empat adik-beradiknya, wanita warga emas ini mahu bertemu sekali gus mengeratkan hubungan dengan insan tersayang yang terpisah sejak dirinya dilahirkan.

Norini Awang, 65, sedang mengesan empat adik kandungnya yang menetap dan berasal dari Bota, Perak sejak lebih tiga tahun lalu selepas pertemuan pertama dengan dua adiknya dikenali sebagai Suraya dan Din pada 27 tahun lalu.

Menurutnya, dia adalah anak sulung daripada lima beradik dan diserahkan kepada keluarga angkat sejak dilahirkan, namun hanya mengetahui statusnya ketika dewasa sebelum berusaha mencari keluarga kandung.

"Saya dikatakan mempunyai empat adik iaitu masing-masing dua lelaki dan perempuan. Apabila tahu status sebenar diri, saya mempunyai keinginan untuk mengetahui siapa keluarga kandung dan akhirnya dapat bertemu dua adik di Bota.

"Saya berjumpa adik dikenali sebagai Suraya dan Din pada majlis perkahwinan buat pertama kali pada 1997, namun ketika itu ibu bapa kandung sudah tiada.

"Selepas itu kami terputus hubungan sehingga kini dan saya ada berusaha mencari mereka di Facebook sejak beberapa tahun lalu, namun masih gagal," katanya yang menetap, di sini.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingati semula lokasi pertemuan dengan dua adiknya kerana ia berlaku sudah lama.

Justeru, katanya, dia berharap dapat menemui keempat-empat adik kandungnya kerana mahu menyambung hubungan yang lama terpisah kerana mereka adalah darah dagingnya biarpun tidak dibesarkan bersama.

"Saya teringin nak jumpa adik dan kalau boleh biarlah dapat jumpa keempat-empat sekali, sebab itu sehingga kini saya masih berusaha mencari mereka dan berharap hasrat itu akan tercapai," katanya.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat empat adik Norini atau ahli keluarganya boleh menghubungi wanita itu di talian 018-9455963.



Disiarkan pada: Januari 11, 2024 @ 11:52am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055467 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list