CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10009|Reply: 0

[Kedah] Dua pekerja kilang maut, motosikal bertembung dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 11-1-2024 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Dua pekerja kilang maut, motosikal bertembung dalam kemalangan


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kalai. FOTO IHSAN Pembaca




Sik: Dua pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Kalai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, Muhamad Jeffri Mat Said, 24, yang menunggang Yamaha Ego Solariz dan menetap di Kampung Gajah Putih, Mukim Jeneri itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di belakang kepala.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, Mohd Zarif Ahmad Kamal, 32, beralamat di Kampung Datuk Syed Ahmad, Mukim Padang Peliang, Pendang, yang menunggang Yamaha 135LC disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sik akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, penunggang Yamaha Ego Solariz itu dari Kampung Gajah Putih menghala ke tempat kerjanya di Jeniang, manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC pula dari arah Jeniang menghala ke rumahnya di Kampung Datuk Syed Ahmad, Pendang.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang Yamaha Ego Solariz itu menuruni jalan berbukit sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kejadian itu menyebabkan berlaku pertembungan dengan penunggang Yamaha 135LC di bahagian hadapan sebelah kanan.

"Akibat kemalangan itu, penunggang Yamaha Ego Solariz itu terbabas ke kiri jalan, manakala seorang lagi penunggang terpelanting di bahu kanan jalan dan jatuh di atas jalan raya.

"Berikutan itu, penunggang Yamaha Ego Solariz itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, mayat kedua-duanya dibawa ke unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: Januari 11, 2024 @ 9:04am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.296586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list