CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21615|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat tempatan didenda RM3,000 kerana keluarkan kuetiau mengandungi asid benzoik melebihi standard

[Copy link]
Post time 10-1-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebuah syarikat tempatan beroperasi di Jalan Penrissen di sini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan mengeluarkan kuetiau mengandungi asid benzoik melebihi standard dibenarkan.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman terhadap syarikat itu yang diwakili oleh pengurus jualannya yang berusia 27 tahun, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut keterangan kes, pada 7 Jun 2023, pegawai berkuasa dari Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching melakukan aktiviti penyampelan makanan terhadap kuetiau keluaran syarikat terbabit (1 kilogram).

Sampel makanan tersebut diambil bagi tujuan analisis asid benzoik.

Setelah dianalisis, pihak berkuasa mendapati produk tersebut mengandungi asid benzoik dalam kadar 6,868 mg/kg, sekali gus tidak mematuhi standard yang ditetapkan di dalam Codex Alimentarius seperti diperuntukkan di dalam Peraturan 19(2)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Standard maksimum dalam Codex Alimentarius adalah 1,000 mg/kg.

Berikutan itu, syarikat tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dihukum di bawah Peraturan 397(2) Peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, asid benzoik adalah antara bahan pengawet yang digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan yis bagi memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan.

Bagaimanapun, jika asid benzoik ditambah di dalam makanan melebihi standard maksimum yang dibenarkan, ia boleh memberi kesan kemudaratan terhadap kesihatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Bush Kujat dan PPKP Muhamad Qamarulariffin manakala syarikat tersebut tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.292646 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list