CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20267|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 injap utama di LRA Sungai Dua siap diganti - Chow

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode
2 injap utama di LRA Sungai Dua siap diganti - Chow


BERNAMA



Kerja penggantian salah satu daripada dua injap kawalan 1.2m yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang di Sungai Dua dijalankan sejak 6 pagi tadi. FOTO BERNAMA



George Town: Dua unit injap berdiameter 1.2 meter (m) yang rosak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, sudah siap diganti oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sekitar jam 4 petang tadi, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan sampingan di 19 daripada 22 lokasi lain di seluruh Pulau Pinang, juga sudah disiapkan dengan baki tiga lagi sedang dalam proses pembaikan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

Chow berkata setakat ini pihaknya amat berpuas hati dengan kemajuan gerak kerja oleh pasukan PBAPP, malah ia disiapkan lebih awal daripada dijadualkan.

"Setakat petang ini, mereka (PBAPP) sudah mencapai apa yang ditegaskan saya semalam, yang mana bahagian pertama iaitu penggantian dua injap utama di LRA perlu siap dalam tempoh 24 jam.

"Walaupun kerja penggantian itu siap awal, tetapi kita belum boleh meraikannya sehinggalah pengguna di kawasan terakhir mendapat semula bekalan. Buat masa ini, fokus perlu diberikan terhadap peringkat pemulihan yang mana ia belum lagi dimulakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan khas ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung, di sini hari ini.

"Jika semuanya berjalan lancar, pengguna pertama boleh menerima air beberapa jam lebih awal daripada dijadualkan sebelum ini (6 pagi 11 Januari), membabitkan sebahagian kawasan di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS), begitu juga sebahagian pengguna di George Town, dan diikuti lokasi lain mengikut peringkat pemulihan sehingga 14 Januari," katanya.

Dalam pada itu ditanya sama ada kebocoran pada paip bawah air 1.35 sentimeter di Sungai Perai, yang berlaku selepas PBAPP menutup bekalan air pagi akan melambatkan proses pemulihan air, Chow berkata kebocoran itu sudah pun diatasi dan pemulihan air akan tetap dilakukan mengikut jadual.

Seramai 590,000 atau 80 peratus penduduk Pulau Pinang terbabit dengan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula jam 6 pagi hari ini, bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan dua injap utama di Loji LRA Sungai Dua.

Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau, akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.



Disiarkan pada: Januari 10, 2024 @ 9:12pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.296925 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list