CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11853|Reply: 0

[Tempatan] 'Kabinet tak bincang isu pengampunan Najib' - Fahmi Fadzil

[Copy link]
Post time 10-1-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode


Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini tidak membincangkan perkara berkaitan Lembaga Pengampunan, termasuk pertimbangan permohonan pengampunan buat Najib Razak.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Channel News Asia bahawa permohonan bekas perdana menteri yang kini dipenjara itu akan didengar dalam sesi Lembaga Pengampunan pada minggu ketiga Januari.

"Kami tidak membincangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet hari ini," kata Fahmi kepada pemberita pada sidang media di Putrajaya selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Pada masa yang sama, menteri komunikasi itu berkata terdapat proses sewajarnya yang perlu diikuti dan perkara itu akhirnya terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

"Biasanya kita tidak boleh mendahului proses itu. Jadi kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk berbincang.

“Itu adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan,” katanya.

Isu permohonan pengampunan Najib sebelum ini ditangguhkan daripada mesyuarat bulan lepas kerana lembaga yang terdiri daripada enam anggota itu memutuskan ia memerlukan lebih masa untuk membincangkan isu berkenaan.

Mesyuarat yang akan datang adalah antara tugas akhir Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum baginda digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada akhir bulan ini.

CNA memetik seorang ahli kanan dalaman kalangan orag kepercayaan Najib berkata terdapat "suasana positif" mengenai petisyen pengampunan itu, sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

Malaysiakini telah menghubungi peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan ulasan.

Bulan lalu, Shafee berkata pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Bekas presiden Umno itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana kes rasuah RM42 juta SRC International.

Selain itu, Najib juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.080984 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list