CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5445|Reply: 0

JBPM mula fokus pasca-banjir, persiapan bencana di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-1-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Nor Hisham bercakap pada pemberita pada Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pekarangan Ibu Pejabat JBPM Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan pasca-banjir di Johor dan Pahang dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohamad, langkah tersebut juga susulan perkembangan banjir yang menunjukkan fasa pemulihan di dua negeri berkenaan.

“Sekarang memang kita fokus kepada negeri ini, tetapi saya dimaklumkan air banjir mula masuk ke ladang menuju titik rendah terakhir jajaran sungai.

“JBPM memang bersiap siaga sepanjang masa dan selepas air surut, kami akan beralih kepada fasa pasca bencana tersebut.

“Kami sentiasa koordinasi dengan jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan pejabat daerah di lokasi terjejas untuk kerja penyelarasan bantuan kepada mangsa,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Hormat Panglima bersempena dengan pelantikannya sebagai peneraju yang kesembilan JBPM.

Mengulas lanjut, katanya, JBPM Sarawak sudah mula diletakkan dalam keadaan berwaspada ekoran ramalan kemungkinan besar banjir yang akan melanda negeri berkenaan selepas ini pula. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bencana-di-sarawak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list