CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4122|Reply: 0

[Pulau Pinang] 6 jentera bomba, siap sedia sepanjang gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 10-1-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode

JBPM Pulau Pinang. FOTO Arkib NSTP

Georgetown: Seramai 893 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual di negeri ini sehingga Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang Khairy Sulaiman berkata, sebanyak enam lori tangki yang masing-masing dengan kapasiti 10,000 dan 20,000 liter sudah sedia diisi dengan air bagi tempoh itu.

Menurutnya, penggunaan jentera itu bergantung kepada situasi khususnya bagi kejadian kebakaran.

"Kesemua jentera lori tangki itu bukan sahaja diisi dengan air terawat (dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) tetapi boleh menyedut air daripada sumber terbuka seperti laut, sungai, kolam dan tasik.



"Kesemua jentera akan dipastikan diisi dengan air yang cukup selepas digunakan dan kita juga mendapat kerjasama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi membekalkan air sekiranya perlu," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Khairy berkata, jika penggunaan air dari jentera lori tangki itu tidak mencukupi atau kritikal, JBPM Pulau Pinang menerusi Pusat Gerakan Operasi (PGO) akan meminta bantuan pasukan bomba daripada negeri berhampiran iaitu Kedah atau Perak.

"Kita juga mempunyai bantuan unit udara termasuk beberapa aset lain sekiranya diperlukan," katanya.

Menurut Khairy, terdapat seramai 893 pegawai dan anggota JBPM yang bersedia sepanjang tempoh berkenaan.

Terdahulu Harian Metro melaporkan kira-kira 590,000 penduduk Pulau Pinang berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula hari ini sehingga Ahad bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan di Loji Rawatan (LRA) Sungai Dua.

Ia membabitkan lebih 50 lokasi di Seberang Perai dan hampir keseluruhan kawasan pulau dijadual mengalami gangguan bekalan air kecuali beberapa kawasan di Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang yang mendapatkan bekalan air dari LRA Air Itam dan LRA Teluk Bahang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angguan-bekalan-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.230461 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list