CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9306|Reply: 9

[Tempatan] Penghuni di 16 rumah gelisah diganggu ketukan misteri

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-1-2024 02:35 PM

KUALA PILAH: Sejak 31 Disember lalu, penduduk Kampung Kepis Ulu, di sini diganggu ketukan misteri yang menakutkan.


“Selepas tiga kali pintu diketuk, terdengar tombol pintu pula dipulas. Ia betul-betul dekat dengan tempat saya tidur dan dapat dengar dengan jelas,” kata penduduk Nafisah Mohm Sahabuddin, 38.


Kejadian ini menghantui penduduk dan sehingga awal pagi tadi sekurang-kurangnya 16 rumah mengalami insiden yang menakutkan itu.


Penduduk mendakwa, selepas diselidik kejadian itu memang tidak menunjukkan sebarang kehadiran atau perbuatan manusia malah tidak mempunyai motif yang tertentu.


Nafisah berkata, kejadian berlaku pada jam 3.50 pagi Ahad lalu ketika dia sedang tidur bersama nenek dan anak perempuanya yang berusia 10 tahun.


“Selepas dengar ketukan dan tombol pintu dipulas, saya terus bangun dan buka lampu namun tidak berani untuk buka pintu kerana bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.


“Saya kemudiannya meninjau melalui tingkap, namun tidak nampak sebarang kelibat. Selepas itu saya memang tidak dapat tidur sebelum ibu yang tidur di bilik lain terjaga jam 4.30 dan bertanya apa yang terjadi,” katanya ketika ditemui, malam tadi.


Jelasnya lagi, kira-kira jam 6 pagi dia dan ibunya keluar meninjau bagi melihat keadaan di luar rumah berhampiran pintu itu, namun tidak menemui sebarang jejak atau kesan kehadiran manusia.


“Jika ada orang datang ke rumah memang akan ada jejak kaki kerana keadaan di hadapan rumah becak selepas hujan pada malam kejadian. Saya difahamkan kejadian sama berlaku di dua rumah lain pada malam sama,” katanya.


Hasdi Abu Hasan, 52, berkata, rumahnya diganggu ketukan misteri itu sebanyak dua kali masing-masing pada malam 31 Disember dan 2 Januari lalu.


“Saya difahamkan rumah saya adalah kediaman pertama yang diganggu ketukan misteri di kawasan ini. Kedua-dua kejadian berlaku ketika saya tiada di rumah, namun diceritakan anak dan ibu saya.


“Apa yang membuatkan saya hairan, di kawasan rumah saya terdapat dua anjing, namun ketika kedua-dua kejadian, haiwan berkenaan membisu,” katanya yang menasihatkan anak serta ibunya supaya memasang lampu di luar rumah.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kepis Ulu, S Afendi Baharuddin berkata, dia meminta bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan polis untuk menjalankan rondaan.


“Setakat malam tadi, kami difahamkan sudah 16 rumah yang mengalami kejadian sama. Jadi, bagi menenangkan penduduk kampung dan dalam masa sama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku kami meminta kerjasama anak muda di kampung ini untuk melakukan rondaan.


“Mereka dipecahkan kepada lima kumpulan mengikut lokasi dengan setiap kumpulan terdiri daripada lima ke enam individu. Pasukan Rela dan polis juga membantu meronda.


“Kami juga meminta pihak masjid dan surau untuk membuat bacaan Yasin selama tiga malam berturut-turut. Kami sendiri tidak tahu apa yang menggangu penduduk, jadi dengan inisiatif ini sedikit sebanyak membantu meredakan kegelisahan mereka,” katanya.


Tambahnya, apa yang menghairankan, sebaik menerima maklumat gangguan menerusia kumpulan Whatsapp, peronda bergegas ke lokasi, namun selepas disiasat memang tidak menemui apa-apa bukti atau kesan kehadiran manusia.


https://www.buletintv3.my/nasional/ketukan-misteri-setiap-malam-penduduk-gelisah/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 10:50 AM | Show all posts
Dekat titokk haritu pun ada kan, ada cctv lagi pintu tu terbukak sendiri.. Iols syak tengah test ilmu lah, banyak sangat dah kes macam ni.. Tambah lagi kes bunuh potong kepala, potong anggota badan.. Benda gini biasanya warga asing yg buat.. Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Test ilmu
Cari tuan
Ni pengalaman aku sndr lama dulu
Mlm tu aku tidur kena baling dgn batu2 halus mcm halba
Bila aku cerita dgn Pakcik aku.. Pakcik aku ckp mcm tu lah
Samada ada yg test ilmu atau cr tuan
Hya boleh tau klu aku bangun keluar cari apa yg baling batu
Aku jumpa Ustaz ckp - bkn keja manusia sbb batu tu halus
Smpai skrg aku igt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2024 09:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg ckp, tgk ada tak pendatang baru dtg kat area tu. Kena jaga2 sbb diorg ni suka guna ilmu hitam.. dtg tpt baru, nak test2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Sabak Bernam dulu time Covid katanya menuntut ilmu hitam tak habis, lepastu mati, hantu dia merayau rayau.

Adik angkat aku pun cerita benda sama...hantu tu merayau rayau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeuww sherreemmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 10-1-2024 11:29 AM
Test ilmu
Cari tuan
Ni pengalaman aku sndr lama dulu

lps tu mcm mana nak atasi benda ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 11-1-2024 07:45 AM
lps tu mcm mana nak atasi benda ni?

Takde buat apa pun
Aku ignore je
Alhamdulillah stkt ni takde mslh apa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:01 AM | Show all posts
pra ketuk ketuk ramadan kot
nk take over dr cyst yg dh pencen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.431268 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list