CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7901|Reply: 0

[Perlis] Perlis wajibkan papan tanda tulisan jawi mulai 1 Februari ini

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:41 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil. - Foto AIZAT SHARIF

KANGAR: Kerajaan Perlis akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan, iklan atau 'billboard' di seluruh negeri itu bermula 1 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, penguatkuasaan berkenaan turut akan membabitkan papan tanda jalan di taman perumahan serta kawasan kejiranan di negeri itu.

"Kewajipan ini adalah membabitkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda premis perniagaan mereka yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan yang sedia ada.

"Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Negeri di Persiaran Wawasan, di sini, semalam.



Katanya, ia juga sebagai usaha kerajaan negeri itu dalam memperkasakan dan mendedahkan tulisan berkenaan kepada semua lapisan masyarakat di negeri itu.

"Perkara ini sebenarnya sudah pun diwarwarkan oleh Menteri Besar (Mohd Shukri Ramli) dalam usaha menghidupkan tulisan jawi kepada masyarakat supaya ia lebih dikenali sebagai satu bentuk tulisan asal di negara ini yang sudah sekian lama digunakan.

Asrul Aimran berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Munsyi Jawi bagi memastikan kaligrafi jawi yang digunakan itu betul dan tepat.

"Papan tanda premis perniagaan ini akan membabitkan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu menerusi tulisan rumi dan tulisan jawi manakala sekiranya papan tanda premis itu turut mempunyai bahasa ibunda yang lain seperti Bahasa Mandarin atau Tamil, ia tetap tidak mempunyai masalah untuk menyertakan sekali bersama tulisan jawi pada papan tanda itu.

"Malah, penguatkuasaan ini turut membabitkan semua premis perniagaan yang mempunyai lesen operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar tanpa mengambil kira sama ada premis perniagaan itu menjual barangan tidak halal atau sebagainya," katanya.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Kangar mendapati, terdapat sebuah premis menjual motosikal yang sudah pun meletakkan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan itu dan papan tanda iklan atau 'billboard' sebuah bank di bandar itu.

Selain Perlis, negeri Kelantan, Kedah, Pahang dan Melaka sudah pun memulakan langkah memperkasakan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan serta iklan di negeri masing-masing sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... ulai-1-februari-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.505520 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list