CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7743|Reply: 0

[Perak] Kereta dipandu lelaki Switzerland rempuh stesen minyak

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:32 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG wanita cedera apabila sebuah kereta yang dipandu lelaki warga emas warga Switzerland merempuh cermin kaca di stesen minyak di Taman Canning. FOTO Ihsan PDRM

Ipoh: Sebuah kereta merempuh cermin kaca di sebuah stesen minyak di Taman Canning di sini, hari ini, gara-gara pemandunya seorang lelaki warga Switzerland dikatakan mengalami kekejangan kaki semasa hendak mengisi minyak.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pada kejadian 10.30 pagi itu, lelaki berusia 77 tahun itu yang berada di satu daripada pam minyak membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak sebelum secara tiba-tiba mengalami kekejangan pada kaki kanan.

"Akibat daripada itu, pemandu berkenaan dia tidak dapat mengawal kenderaannya hingga terbabas ke hadapan lalu melanggar motosikal jenis Yamaha yang diparkir dan merempuh dinding kaca premis berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini

Bagaimanapun katanya, penunggang motosikal berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.



Beliau berkata, kejadian itu turut menyebabkan seorang wanita yang berada di situ cedera di kaki kanan dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Video dan gambar kejadian itu tular di laman Facebook sejak petang semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empuh-stesen-minyak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list