TERIMA: Christina (tengah) menerima jemputan daripada Philip ketika dalam kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: 'Tawau International Light Fest' 2024 yang julung kali dianjurkan akan diadakan pada 1 Februari depan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, program itu dianjurkan oleh Kelab Pemuda Taman Fajar.
Beliau dijemput untuk merasmikan program itu di ruang terbuka Wisma Fuji Tawau di sini.
Pengerusi Penganjur Philip Yap ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Christina di sini baru-baru ini menjelaskan, festival berkenaan akan diadakan bermula 1 hingga 8 Februari depan di Sri Tanjong.
"Penganjuran acara itu bertujuan mempersembahkan warisan kebudayaan Tawau dari persembahan muzik tradisional, hidangan tempatan dan seni membuat tang lung.
"Festival ini termasuk juga Pasar Malam Tradisional Tahun Baharu Cina, pelbagai gerai makanan, persembahan kebudayaan dan perarakan besar tang lung," katanya.
|