CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18819|Reply: 1

[Sarawak] Segerakan kerja pembaikan, pengukuhan struktur tanah

[Copy link]
Post time 9-1-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Ini kerana Jalan Bau-Kuching merupakan laluan utama orang ramai untuk ke Bau dan Kuching, kata Miro



Miro (dua kiri) ditemani Liew dan warga kerja JKR Sarawak yang lain melihat keadaan permukaan jalan merekah di Jalan Bau-Kuching disebabkan pergerakan tanah ekoran hujan lebat Sabtu lalu.

“Kita tidak menjangka kejadian runtuhan pada jalan yang dibaik pulih ini berlaku ekoran berlakunya hujan lebat pada malam Sabtu lalu, sehingga mengakibatkan kerosakan pembetung dan cerun tanah di laluan terbabit.”

Miro Simuh
ADUN Serembu

Oleh Marlinda Mardzuki

BAU: Pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diminta menyegerakan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan struktur tanah di Jalan Bau-Kuching berdekatan pekan Siniawan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, ini kerana jalan itu merupakan laluan utama orang ramai untuk ke Bau dan Kuching.

Beliau memohon maaf kepada orang ramai terutama penggguna jalan raya atas kesulitan yang dialami mereka.

“Kita tidak menjangka kejadian runtuhan pada jalan yang dibaik pulih ini berlaku ekoran berlakunya hujan lebat pada malam Sabtu lalu, sehingga mengakibatkan kerosakan pembetung dan cerun tanah di laluan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke tapak kerja bersama JKR Sarawak di sini, hari ini.

Miro berharap orang ramai dapat bersabar sementara kerja baik pulih dilakukan secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Kita tahu hal ini akan menjejaskan banyak pengguna terutama sekali lori yang membawa batu dari kuari di Paku. Namun saya minta mereka bersabar.

“Kita tidak mahu mengambil apa-apa risiko kalau kita buka jalan raya dalam keadaan seperti ini.

“Malah kita juga bimbang dengan keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya yang melalui jalan ini,” katanya.

Justeru katanya, berikan masa kepada JKR dan kontraktor untuk menyiapkan pembinaan agar jalan raya itu dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.
“Kita harap agar jalan ini dapat siap dan dibuka sebelum Tahun Baharu Cina,” katanya.

Hadir sama Jurutera Bahagian Kuching Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Liew Ming Chek.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2024 09:56 PM | Show all posts
Baik pulih Jalan Bau-Kuching dilanjutkan kerana rosak akibat pergerakan tanah



Kelihatan jalan merekah disebabkan pergerakan tanah ekoran hujan lebat, malam Sabtu lalu.

BAU: Kerja baik pulih Jalan Bau-Kuching berdekatan pekan Siniawan di sini, yang sepatutnya siap awal Januari ini terpaksa dilanjutkan kerana rosak akibat pergerakan tanah.

Jurutera Bahagian Kuching Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Liew Ming Chek berkata, kejadian itu sekali gus menyebabkan permukaan jalan retak, kerosakan pada pembetungan dan cerun tanah sehingga 500 meter.

“Sebenarnya, kita sudah membaik pulih Jalan Bau-Kuching sejak Oktober tahun lalu dan ketika itu, ia berjalan baik dan hampir siap.

“Namun kejadian hujan lebat berlaku pada malam Sabtu lalu menyebabkan air bawah tanah naik dan mengakibat struktur tanah menjadi lembut lalu merosakkan jalan tersebut termasuk pembetung di kawasan berkenaan.

“Jadi, kita kini perlu membina pengukuhan tambahan di bahagian tepi jalan dengan membuang tanah yang tidak baik dan mengisi semula dengan yang lebih baik. Selepas itu, barulah kerja-kerja pembaikan jalan ini siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media ketika mengadakan lawatan ke tapak kerja bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh di sini, hari ini.

Liew menjangkakan kerja-kerja baik pulih jalan itu siap dalam tempoh 14 hari namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.

“Itu yang secepat kita dapat lakukan kerana seperti yang anda lihat di sini mempunyai banyak utili dan ini merupakan cabaran kita.

“Kita tidak mahu kerja baik pulih jalan ini akan mengganggu paip utiliti di kawasan pembinaan,” jelas beliau.

Liew memberitahu, pihaknya akan membina akses sementara untuk utiliti tersebut sebelum membuat pembaikan pada struktur tanah.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... at-pergerakan-tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049200 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list