CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8896|Reply: 0

[Perak] Barang kes bernilai RM1.16 juta di Manjung dilupuskan

[Copy link]
Post time 9-1-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMED Nordin Abdullah menaiki jentera penggilis sebagai simbolik pelupusan barangan kes di IPD Manjung, hari ini. - UTUSAN



LUMUT: Barang kes bernilai RM1.16 juta yang dirampas di daerah Manjung dalam tempoh tiga tahun lalu dan selesai proses pendakwaan, dilupuskan hari ini.

Ia melibatkan 1,063 peralatan daripada 17 kes bitcoin, 11,590 karton rokok pelbagai jenama daripada empat kes penyeludupan rokok serta 284 peralatan termasuk telefon bimbit daripada 233 kes perjudian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kesemuanya melibatkan 254 kes yang disiasat dari 2021 hingga 2023.

“Kesemua kes itu telah dirujuk ke mahkamah dan pejabat Timbalan Pendakwa Raya serta telah mendapat arahan pelupusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelupusan barangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung, hari ini.

Hadir sama, Majistret Mahkamah Majistret Seri Manjung, Nurul Izalina Rajaai serta Timbalan Pendakwa Raya Perak, Mohd. Hairol Jemain.

Menurut Mohamed Nordin, pelupusan itu dilakukan secara kaedah pelupusan terjadual secara ‘e-waste’ dan sisa pepejal di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Jelasnya, proses pelupusan barang kes itu dilakukan oleh syarikat berlesen dan berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar dan mengikut prosedur operasi standard pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau memaklumkan pelupusan itu sekali gus dapat mengurangkan penyimpanan di setor barang kes di IPD Manjung yang terlalu banyak.

Katanya, kuantiti barang kes yang banyak khususnya bitcoin menunjukkan komitmen pasukan itu dalam membanteras aktiviti tersebut yang banyak menimbulkan masalah termasuk gangguan bekalan elektrik di kawasan premis berhampiran. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... manjung-dilupuskan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.388526 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list