CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7649|Reply: 0

[Kedah] Jabatan Perangkaan Malaysia hantar 'flying squad' bantu pendaftaran PADU di pedalaman Kedah

[Copy link]
Post time 9-1-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kedah menggerakkan anggota flying squad ke kawasan luar bandar dan pedalaman yang akses internetnya lemah bagi memastikan tiada rakyat negeri itu tercicir daripada mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pengarahnya Nadia Marzuki, berkata sambutan untuk mengemas kini PADU dalam kalangan penduduk Kedah masih lagi rendah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang menghadapi kekangan berkenaan.

"Ini adalah cabaran utama dihadapi DOSM Kedah terutamanya di kawasan luar bandar yang berhadapan dengan batasan maklumat dan literasi digital," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setakat 5 Januari lalu, seramai 39,500 atau 2.6 peratus daripada jumlah penduduk Kedah yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah mendaftar serta mengemas kini maklumat PADU.



Biarpun jumlah itu dijangka meningkat, namun beliau mengharapkan penduduk negeri itu tidak menangguhkan pengemaskinian maklumat di dalam sistem tersebut bagi memastikan mereka yang layak tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar atau bantuan sosial kerajaan.

Bagi memudahkan pengemaskinian data, DOSM Kedah turut membuka kaunter PADU di 12 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih di setiap daerah selain mengadakan siri jelajah di PEDi di kawasan pedalaman.

"Pemakluman siri jelajah di PEDi akan diberitahu terlebih dahulu melalui Info On Wheel oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah," katanya.

Penduduk Kedah berumur 18 tahun ke atas dimohon mengemas kini maklumat peribadi dalam talian di www.padu.gov.my dan mereka yang memerlukan bantuan boleh datang ke kaunter PADU dengan membawa dokumen diperlukan.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lalu hingga 31 Mac ini dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... d-bantu-pendaftaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.477101 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list