CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4938|Reply: 0

[Kedah] Insiden diserang tak patahkan semangat anggota JPJ

[Copy link]
Post time 9-1-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Aman Shah (tengah) bersama anggota penguatkuasa JPJ Kedah (kiri) yang diserang individu ketika menjalankan pemeriksaan di Jitra, November lalu. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: "Saya anggap kejadian itu paling mencabar. Saya hanya jalankan tugas namun tak sangka pula diserang," kata anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang diserang seorang lelaki ketika melakukan tugas penguatkuasaan di Jitra, dekat sini November lalu.

Anggota berusia 42 tahun yang sudah lima tahun berkhidmat di JPJ Kedah itu mengambil insiden terbabit sebagai pengalaman berguna untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Menceritakan semula kejadian 22 November lalu itu, anggota terbabit berkata, ketika itu dia sedang menjalankan tugas rondaan bersama dua lagi rakan di Bandar Darulaman, Jitra jam 4 petang.

Katanya, ketika itu mereka ternampak lori Luton Nissan Vanette dinaiki dua lelaki melalui kawasan itu.



"Selepas saya semak nombor pendaftaran lori itu, ternyata ada tiga kesalahan dikesan iaitu lesen kenderaan (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan perakuan Puspakom tamat tempoh.

"Kami ikut lori itu dari Bandar Darul Aman ke simpang masuk ke Taman Tasik Jitra sebelum membunyikan siren dan hon serta lampu supaya pemandu itu memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun, kenderaan itu tidak memberi kerjasama dan kami cuba memotong sebelah lori itu dan pada masa sama, penyelia saya membuka tingkap sambil memberi isyarat tangan supaya berhenti di tepi tetapi tidak diendahkan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JPJ Kedah, di sini hari ini

Menurutnya, dia merakam kejadian menggunakan telefon bimbitnya sebagai bahan bukti sambil mengejar lori berkenaan.

Katanya, pemandu lori tetap tidak memberi kerjasama sebelum memberhentikan lori berkenaan di kawasan perumahan berhampiran.

"Ketika itu kami masih berada di atas jalan di kawasan perumahan itu manakala dua individu terbabit turun dari kenderaan mereka.

"Seorang daripada mereka berusia 24 tahun itu kemudian terus menyerang saya dan menumbuk tangan yang ketika itu masih memegang telefon bimbit sehingga jatuh sambil mula membuat provokasi.

"Namun disebabkan saya penjawat awam dan sedang menjalankan penguatkuasaan undang-undang, saya hanya bersabar dan mengajak rakan setugas beredar mengelak berlaku pertengkaran," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu satu laporan polis kerana mempunyai bukti gambar kenderaan serta nombor pendaftaran lori berkenaan.

Berikutan itu, individu terbabit sudah didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan menjalani hukuman penjara satu hari serta denda RM4,000.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berharap insiden itu tidak berulang dan berharap pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya.

"Ada juga anggota penguat kuasa JPJ Kedah diserang dengan kapak tahun lalu malah banyak lagi serangan yang biasa berlaku tetapi tidak mematahkan semangat mereka menjalankan tugas demi keselamatan pengguna.

"Saya berharap pengguna jalan raya beri kerjasama sekiranya anggota JPJ menahan untuk tujuan pemeriksaan dan memahami tugas serta peranan JPJ dalam melaksanakan tugas mereka," katanya.

Media pada 3 Januari lalu melaporkan JPJ Kedah mengesahkan anggotanya diserang seorang lelaki seperti yang ditular di laman sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emangat-anggota-jpj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069395 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list