View: 11471|Reply: 14
|
Tiada Perkembangan Baharu Dalam Kes Zayn Rayyan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, kata Timbalan Ketua Polis Negara.
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu ditemukan berhubung kes tersebut.
Gambar Hiasan
“Polis masih menjalankan siasatan, kita tidak pernah menghentikan (siasatan).
“Jika ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan kita akan kongsi, setakat ini tiada perkembangan baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman hari ini.
Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL) berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan.
Jelasnya, ia susulan semakan pangkalan data memberikan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.
Bagaimanapun, menurutnya, maklum balas tersebut hanya berkaitan maklumat umum berkaitan kes tersebut.
Terdahulu, media melaporkan polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman di sini.
Bantuan yang diperlukan daripada Interpol sdalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.
Susulan bantuan daripada Interpol, PDRM meletakkan fokus mengesan ‘prime crime scene’ atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.
Sepanjang kes ini dijalankan, PDRM telah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu namun tiada keputusan positif direkodkan.
6 Disember lalu, Zayn Rayyan yang dilapor hilang ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya pada pukul 10 malam.
Susulan itu, hasil penemuan bedah siasat pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 (bunuh) selepas menemui kesan kecederaan mempertahankan diri dan kecederaan pada bahagian leher mangsa.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kes bunuh budak2 selalu xdpt tangkap pelakunya. cth nurin jazlin tu. xtao la sbb terlalu kecoh smpai pembunuh dpt sembunyi ke ape. i just hope the victim and his family get the justice they needed. sedih bila xde org kena hukum atas kesalahan ni |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya...penjahat ni mmg jenis licik gila sbb semua dkt area berkaitan je still polis xdpt tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah dpt ditangkap cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau penjenayah nurin jazlin hidup agaknya umur berapa dh skang |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terlepas di dunia pun adilan Allah takkan terlepas. Btw kt malaysia ni ada jadi ke kes berpuluh tahun dulu2 berjaya diselesaikan? Atau jadi dalam drama je? (Drama korea) |
|
|
|
|
|
|
|
pembunuh warga asing, lepas bunuh, cabut lari, aku syak wasangka macam tu lah |
|
|
|
|
|
|
|
baru tgk story mak zayn smlm kata interpol dah dapat petunjuk baru. harini takde plak. tapi as expected. klu pelaku ntah sapa2 mmg susah nak trace. klu mak pak dia pinjam ahlong ke, ada org dendam ke ape boleh la nk cari org tu |
|
|
|
|
|
|
|
i hope its not another cold case. hujung2 masuk netflix. |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 8-1-2024 04:20 PM
baru tgk story mak zayn smlm kata interpol dah dapat petunjuk baru. harini takde plak. tapi as expec ...
Kat artikel atas tu polis kata hanya maklumat umum je yg dorang dpt drpd interpol tu
Hurmm kesian family nampak juga igs mak dia smlm mcm dia berharap sgt dah, bkn dia je la org lain semua pikir ada sinar dah, doa2 dh dimakbulkan bagai sekali rupanya maklumat umum je.
Tup2 polis bitau takda apa2 perkembangan, anti klimaks gituh. Lenkali takyah la bitau apa2 sian org yg berharap.
Nampaknya utk tak kecewa kita jgn terlalu berharap sgt, sedangkan kes nurin tu lagi byk bukti dgn ada cctv la ada juga depa tangkap pompuan indon yg telan simcard tu tp ujung2 bkn juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
entah2 suspek yang sama yang bunuh nurin jazleen dan adik sharlini...huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
ada logiknya di situ..adakah kerana terlalu kecoh sampai setiap gerak dan action polis/penduduk di situ dpt dikesan oleh pembunuh so menyenangkan pembunuh tukar strategi utk bolos.
|
|
|
|
|
|
|
|
takkoser: kalau penjenayah nurin jazlin hidup agaknya umur berapa dh skang
penjenayah mungkin dah kahwin. dan jam karma akan berlaku
|
|
|
|
|
|
|
| |
|