CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9718|Reply: 0

[Johor] Bandar Kota Tinggi lumpuh, hanya boleh dilalui guna bot

[Copy link]
Post time 8-1-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Laluan di sekitar bandar Kota Tinggi yang lumpuh selepas dinaiki air dan semua kenderaan juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan bandar hanya boleh diakses menggunakan bot.

KOTA TINGGI – Pusat Bandar Kota Tinggi hari ini lumpuh apabila dinaiki air sedalam lebih satu meter berikutan keadaan banjir sejak malam tadi.

Keadaan semakin bertambah buruk apabila berlaku pertembungan banjir dan fenomena air pasang penuh pada pukul 9 malam.

Malah Jalan Semanggar menuju ke kawasan Sekolah Menengah Jalan Tun Habab juga tidak boleh dilalui berikutan air berarus deras yang melintasi jalan.

Selain jalan tersebut, Jalan Tun Sri Lanang telah ditutup bagi kegunaan semua jenis kenderaan kerana laluan ini telah ditengelami air setinggi 0.6 meter dengan jarak sejauh 650 meter.

Tinjauan di deretan kedai dekat kawasan Bandar juga mendapati air naik sedalam satu hingga 1.5 meter bersamaan separuh tingkat satu tenggelam.

Antaranya Jalan Indah, Jalan Jaafar, Jalan Niaga Utama, Jalan Johor dekat Arked Mara, Taman Kota Mas dan Jalan Tambatan.

Malah Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bandar turut dinaiki air.

Walaupun keadaan cuaca cerah dengan kehadiran matahari sejak pagi tadi, namun awan mendung masih ada di beberapa lokasi dengan sebahagian hujan renyai-renyai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, sejak air naik mendadak pada pukul 9 malam hingga 4 pagi tadi, seramai 112 orang awam yang terperangkap berjaya diselamatkan.

Katanya, beberapa jalan seperti Jalan Tun Seri Lanang hingga ke kawasan jambatan dinaiki air. Malah Jalan Abdullah dan Jalan Niaga Utama juga telah pun dinaiki air yang menyebabkan kenderaan tidak dapat melaluinya kecuali bot menyelamat.

“Dalam situasi kita menyelamatkan mangsa semasa banjir yang kita percaya terperangkap di dalam bandar, kita menghadapi kesukaran di peringkat awal kerana mangsa-mangsa ini enggan berpindah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... h-dilalui-guna-bot/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060890 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list