CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11977|Reply: 0

[Sabah] Isu air di Pulau Sebatik semakin kritikal, perlukan tindakan segera

[Copy link]
Post time 7-1-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode


SURYADY

TAWAU: Masalah bekalan air bersih di Pulau Sebatik di sini yang berlanjutan kira-kira lapan minggu semakin kritikal dan memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pihaknya masih menghantar air minuman di kawasan pulau berkenaan sebagai penyelesaian jangka masa pendek ketika ini.

Katanya, Pulau Sebatik masih berdepan cuaca kemarau dan air di loji takungan Wallace Bay juga sudah hampir kering.

“Saya sudah berjumpa dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor minggu lalu untuk berbincang jalan penyelesaian jangka masa sederhana dan panjang isu air di pulau berkenaan.

“Justeru, tiga projek yang akan dilakukan iaitu mendalamkan loji takungan air sedia ada, membina loji takungan baharu dan menggerudi tanah untuk mendapatkan sumber mata air,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan dan negeri diharap supaya dapat menyegerakan projek-projek yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini.

“Ikhtiar kami sebagai pemimpin di kawasan berkenaan hanya dapat menyalurkan bantuan air minuman untuk meringankan beban yang dialami penduduk pulau ini.

“Namun, penyelesaian yang tuntas perlu dilakukan supaya perkara ini tidak berulang setiap tahun sekiranya berlakunya musim kemarau,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan isu air di pulau berkenaan dan menghantar bantuan dari semasa ke semasa.

“Saya percaya Kerajaan Madani dan kerajaan negeri dapat memberikan keutamaan dalam menyelesaikan isu air di Pulau Sebatik ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.326229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list