CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18126|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDN ingatkan peniaga di Pulau Pinang tak naikkan harga tong, air mineral

[Copy link]
Post time 5-1-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode
KPDN ingatkan peniaga di Pulau Pinang tak naikkan harga tong, air mineral

05 Januari 2024 03:06pm



Laporan Sinar Harian




BUKIT MERTAJAM - Peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga tong dan air mineral sewenang-wenangnya berikutan permintaan tinggi ketika ini susulan gangguan air berjadual di seluruh Pulau Pinang pada 10 hingga 14 Januari ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, A Mogan berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mereka sekiranya berlaku pelanggaran mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.


"Memang ada pegawai penguat kuasa memeriksa dan membuat pemantauan rutin setiap hari di pasar, kedai runcit, pasar raya dan pasar mini di lima daerah di negeri ini.
"Sejak minggu lepas tumpuan turut diberikan terhadap premis menjual tong air serta air mineral bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga,” katanya pada Jumaat



Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati kedua-dua barangan itu masih dijual pada harga munasabah, malah bekalannya juga mencukupi bagi menampung keperluan pengguna terutama sepanjang tempoh ketiadaan bekalan air nanti.

Mogan yang juga Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri berkata harga tidak sepatutnya menjadi isu dalam hal itu kerana permintaan tinggi terhadap barangan terbabit ketika ini turut menyebabkan peningkatan kepada penawaran dan pengilang juga sudah semestinya akan meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka berbanding hari biasa.

"Kita tahu jualan tong dan air mineral sangat laris ketika ini, tetapi kedua-dua barangan itu bukan di bawah harga kawalan, justeru dalam situasi terdesak ini para peniaga seharusnya membantu pengguna dan setakat ini memang kita nampak tidak ada lagi peniaga yang mengambil kesempatan jual pada harga yang melampau," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati pengguna supaya bijak ketika melakukan pembelian dengan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barangan selain tidak melakukan pembelian panik.




Seramai 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari, yang turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.477338 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list