CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9064|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami penipu katering pula hilang

[Copy link]
Post time 4-1-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Keluarga pengantin terpaksa memasak makanan sendiri dan menempah kerusi serta meja dari pihak lain demi kelangsungan majlis.

JEMPOL – Polis masih giat mengesan wanita berusia 40 tahun yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita di Bandar Seri Jempol, di sini, dalam kejadian pada 24 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook berkata, bahkan usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil kerana si suami dipercayai turut menghilangkan diri.

“Setakat ini, kita ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek. Justeru, kami meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek itu dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam,Selangor,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli ditalian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.

Pada 25 Disember tahun lalu media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Abang kepada pengantin perempuan, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, berkata, ini adalah kali pertama dia sekeluarga tertipu dengan pakej katering dan pakej pengantin sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... tering-pula-hilang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055925 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list