View: 8994|Reply: 14
|
Bezza Rosak Lepas 8 Jam, Perodua Nafi Tidak Ambil Tindakan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tampil menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihaknya untuk menyelesaikan isu sebuah Perodua Bezza yang didakwa rosak selepas lapan jam digunakan.
Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu berhubung masalah berkenaan.
Katanya, beberapa langkah juga telah diambil untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.
 Foto: Kosmo
“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin ini.
“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, JH Rozman turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Terdahulu, seorang kerani meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan yang baru dibeli hanya sempat digunakan selama lapan jam sebelum rosak dan dibiar tersadai di pusat servis.
Menurut perkongsian wanita itu yang dikenali sebagai Nagakanni Subramaniam, apa yang mengecewakan adalah dia masih perlu membayar ansuran bulanan seperti biasa selain permintaannya untuk mendapatkan kenderaan baru daripada pihak Perodua juga tidak berjaya.
Sumber:Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes tak viral, Perodua pun tak pandang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kena check engine.. mn taw untong ada 2,3 paket gula premium  |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb dah viral baru nak ambil tindakan. Dah berapa bulan kot masih takde penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
|
xpaham ni isu apa
ada jugak tgk page kat fb troll
|
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha: xpaham ni isu apaada jugak tgk page kat fb troll
perodua cakap ada kesan gula kat enjin
|
|
|
|
|
|
|
|
Perodua ada bagi dia pilihan pakai kereta lain, kan? Dia yg xnak.
Enjin / minyak ada bendasing. Katanya gula. Kalau gula, memanglah Perodua tidak mahu dan sepatutnyalah tidak bertanggungjawab. Lainlah kalau benda factory defect atau hal2 lain yg logic.
#teamperodua #taklogicperoduanakdipersalahkanadagula |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 4-1-2024 01:52 PM
Sbb dah viral baru nak ambil tindakan. Dah berapa bulan kot masih takde penyelesaian
Kalau benar ada gula, takkanlah Perodua nak ganti dengan kereta lain senang2 je? Kereta dah kat tangan pelanggan selama 8jam. Bukan bawah pengawasan Perodua dah.
Minah tu claim insurance repair lah kalau boleh. Kalau tak, nasiblah entah siapa dengki letak gula kat minyak. Cuai sangat ke sampai ada yg boleh access tempat minyak? Kereta murah camni bila dapat, minyak memang dah isi penuh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
peliknya kalau ada guna dlm minyak...apo tak cair ke gula tu kat enjin panas tu? ke memang perodua dah buat labtest memang ada cecair glucose dlm enjin/campur dgn minyak? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm poremner2 atas ni reply
lepas tu SA perodua suh buat seken loan
aaa gitu 
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 4-1-2024 05:41 PM
Kalau benar ada gula, takkanlah Perodua nak ganti dengan kereta lain senang2 je? Kereta dah kat ta ...
Biar betul ada gula. Dkt berita takde pula bgth tentang penemuan tu. Kalau gitu ada unsur sabotaj? Siapa agaknya yg mudah dpt access kunci kereta tu. Patut la ambil tempoh masa yg panjang utk selidik. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam nk masuk tol sg buloh hospital,
habis berkampit2 gula jatuh drp lori...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|