CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14671|Reply: 22

[Tempatan] Jangan stress ya teman-teman... Prinsip 'non-refoulement' melarang Malaysia menghantar pulang pelarian Rohingya ke negara asal - Pakar Undang-Undang Antarabangsa UIAM

  [Copy link]
Post time 3-1-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Sukarkan hantar pulang pelarian Rohingya
Januari 3, 2024 @ 1:47pm

Kuala Lumpur: Malaysia mungkin tidak dapat menghantar pulang pelarian Rohingya ke negara asal buat masa sekarang berdasarkan prinsip 'non-refoulement' yang diterima meluas sebagai undang-undang antarabangsa.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata prinsip non-refoulement melarang sesuatu negara daripada menghantar pulang atau mengusir pelarian ke negara asal atau negara lain yang berpotensi menganiaya atau menyeksa mereka.

"Ada cadangan menghantar pelarian Rohingya pulang. Di bawah undang-undang antarabangsa, terdapat prinsip non-refoulement yang diterima secara meluas di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melarang pengusiran pelarian ke negara di mana mereka mungkin menghadapi penganiayaan atau ancaman terhadap kehidupan mereka.

"Oleh itu, jika pelarian Rohingya akan mengalami bahaya serius apabila kembali ke Myanmar, Malaysia mungkin tidak dapat menghantar mereka pulang buat masa sekarang.

"Setiap kes hendaklah dinilai secara individu dengan mengambil kira keadaan khusus dan kewajipan undang-undang antarabangsa," katanya.

Beliau mengulas kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mendesak usaha untuk menghantar pulang warga Rohingya ke tanah air mereka perlu dilakukan bagi memastikan negara ini dalam keadaan selamat dan harmoni.

Pengerusi MCCF, Datuk Seri Halim Ishak dilaporkan berkata, ada perbezaan jelas antara kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian Rohingya yang semakin ramai di negara ini.

Pelarian Rohingya katanya sudah mewujudkan kartel pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat Malaysia dan etnik Rohingya itu sendiri yang sindiket sedemikian perlu dihapuskan segera sebelum menjadi lebih parah.

Malah pelarian Rohingya juga mencetuskan isu tidak berkesudahan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Mohd Yazid berkata masalah boleh dielakkan sekiranya kerajaan merujuk kepada pakar sebelum mengambil keputusan menerima pelarian Rohingya.

Katanya, sebelum membuat keputusan menerima pelarian, implikasi kepada rakyat tempatan mesti diambil kira termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial dan ekonomi.

"Seterusnya, polisi yang jelas dan komprehensif perlu dibuat termasuklah memastikan jumlah pelarian yang mampu diambil, syarat penerimaan, isu penempatan, isu pekerjaan, tempoh tinggal, sentimen penduduk setempat dan lokasi penempatan.

"Kepentingan penduduk tempatan akan terabai apabila keputusan dibuat secara terburu-buru tanpa merujuk kepada pakar dan wakil penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil beberapa langkah untuk menangani cabaran yang ditimbulkan oleh kebanjiran pelarian Rohingya termasuk kerjasama antarabangsa, memperkukuh keselamatan sempadan serta mewujudkan sistem pendaftaran pelarian yang efisyen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 3-1-2024 05:48 PM
nk kena buat buat mcm jiran kot
xyah terima langsung once dorg mendarat so that no need to send back ...

Tak terima apabila sampai kat kita dah kira melanggar prinsip non-refoulement. Kecuali dapat buktikan yang datang tu bukan refugee yang sah. Misalnya dia datang dari tempat yang tak bawa apa2 ancaman kepada keselamatannya dan dia datang hanya untuk cari kerja yang lebih elok. Tapi nak buktikan tu makan masa juga sebab nak kena tunggu pihak macam UNHCR proses dan siasat dan sahkan sama ada asylum seeker ni refugee yang sah atau bukan. Kalau bukan, boleh hantar balik sebab PATI. Kalau sah refugee, kita tak boleh hantar balik dan tunggu negara ketiga ambil mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 4-1-2024 05:38 PM
allshares replied at 3-1-2024 11:22 PM
Kata kunci "mungkin" dan "undang2 antarabangsa". Malaysia tak sign pun convention refugee dgn PBB, s ...


Prinsip non-refoulement ni jatuh bawah kategori customary international law  (CIL). Maksudnya undang2 ni mengikat semua negara tak kira sama ada negara tu dah ratify/accede to refugee convention tu ke tidak. Undang2 ni biasanya berkaitan hak asasi yang paling asas melibatkan hidup matinya manusia seperti genocide.

Sumber undang2 antarabangsa ada pelbagai. Dua daripadanya ialah treaty termasuk convention dan CIL. Banyak treaty yang incorporate CIL di dalamnya. Misalnya UNCLOS iaitu treaty undang2 laut memuatkan peruntukan tentang hak sesebuah negara ke atas 12 batu nautika pertama laut dari pesisir pantai sebagai laut wilayahnya. Tapi negara yang bukan ahli kepada UNCLOS ni pun berhak claim 12nm laut wilayah tu sebab ia adalah CIL.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 04:54 PM | Show all posts
wahhh kita pulak kena tanggung aspek keselamatan negara kita tergadai macam tu Al-Qaieda masuk, ISIS masuk, LTTEE masuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 05:48 PM | Show all posts
nk kena buat buat mcm jiran kot
xyah terima langsung once dorg mendarat so that no need to send back




Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada perang lagi kat myanmar sana? Junta pun da suruh balik. Bangladesh (negara asal rohingya) pun ada sediakan penempatan. Mereka bukan pelarian lagi da.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 07:32 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 3-1-2024 07:37 PM

Buat apa dihantar pulang ... bukankah mereka automatically dan pantas menjadi melayu ketika tiba di Malaysia ... Bukankah sesama saudara melayu harus saling tolong menolong dan melindungi satu dengan lainnya ....

Jangan lupa ... pengungsi rohingya yang saat kini masih ada di Acheh  juga menginginkan status istimewa iru ...  Oleh kerana itu kami pasti membantu mereka  boleh berangkat ke Malaysia secepatnya ...

Bersama Rohingya ... Bangsa Melayu akan bertambah besar .... akan berjaya menjadi Tuan di tanahnya sendiri  suatu ketika nanti ....  



Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 07:46 PM | Show all posts
Hantar balik ke Cox Bazaar where they come from. Tempat dah ada dan takde istilah pelarian & teraniaya bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 07:57 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 3-1-2024 09:48 AM
nk kena buat buat mcm jiran kot
xyah terima langsung once dorg mendarat so that no need to send back ...


negara jiran dah buat
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Diskriminasi betul la msia ini... Rohingya semua tu tak salah pun.. Diorang bukan nak tanah melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 07:59 PM | Show all posts
tungkai replied at 3-1-2024 07:46 PM
Hantar balik ke Cox Bazaar where they come from. Tempat dah ada dan takde istilah pelarian & terania ...

UNHCR pun X boleh membantu melakukan hal tu jika warga rohingya menolaknnya ... juga dapat dikategorikan sebagai pelanggar berat  Hak Asasi Manusia  PBB... Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2024 10:04 PM | Show all posts
Bak buah simalakama alias dimakan bapak mati tidak dimakan ibu mati
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo gitu kena buat mcm indon la...jgn bagi mendarat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 3-1-2024 10:04 PM
Bak buah simalakama alias dimakan bapak mati tidak dimakan ibu mati

Rakyat acheh indon yg stress.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:13 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-1-2024 10:08 PM
Rakyat acheh indon yg stress.

siswa mengamuk mcm bapak gorila pun, aceh tak boleh hantar rohingya balik, lagi best siap bg tanah 12 hektar. kohkohkoh

  


  

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek aung san su kyi senyum sinis jah skrg.. rasain loh Korg fitnah aku dulu katanya.. skrg hadaplah Korg dgn rohingnya tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
InsyaAllah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Mesti akan ada cara untuk hantar mereka pulang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata kunci "mungkin" dan "undang2 antarabangsa". Malaysia tak sign pun convention refugee dgn PBB, so malaysia tak terikat pun dgn undang2 itu yah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-1-2024 10:13 PM
siswa mengamuk mcm bapak gorila pun, aceh tak boleh hantar rohingya balik, lagi best siap bg tanah ...


Mungkinkah?
  


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:27 PM | Show all posts
Rohingya ni datang nak jadi Melayu dulunya diterima dengan dakapan mesra kini kenapa berubah hati.

Menariknya cina macam tak berkutik walau pun seharusnya mereka yang rasa tergugat. Anda hairan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:28 PM | Show all posts
insulin replied at 3-1-2024 10:35 PM
InsyaAllah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Mesti akan ada cara untuk hantar mereka pula ...

Allah sentiasa bersama2 orang2 yang teraniaya. Insya Allah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2024 03:22 PM | Show all posts
Jangan stress ya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094379 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list