CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34171|Reply: 0

[Pulau Pinang] 10 tangki air ‘jumbo’ tampung masalah bekalan air minggu depan

[Copy link]
Post time 2-1-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Kon Yeow (tengah) meninjau persiapan di Persatuan Bomba Sukarela Juru di Bukit Mertajam, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyewa 10 tangki air ‘jumbo’ sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tangki air berkapasiti antara 20,000 sehingga 30,000 liter itu akan digunakan untuk mengisi semula air dalam tangki statik yang akan diletakkan di tempat awam.

Menurutnya, PBAPP juga akan menggunakan lapan unit tangki lori air untuk kegunaan hospital dan pusat dialisis yang terjejas di negeri itu.

“Selain itu, pelbagai agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menggunakan tangki lori masing-masing yang akan digerakkan ke lokasi yang ditetapkan nanti.

“Pada masa sama, sebanyak 35 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pulau Pinang termasuk PBS Parit Buntar, Perak akan menggunakan jentera masing-masing bagi membantu melicinkan operasi pembahagian bekalan air di daerah terjejas,” katanya selepas meninjau persediaan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Juru di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan orang ramai supaya menyimpan bekalan air lebih awal bagi memastikan ia mencukupi sepanjang tempoh terbabit.

Katanya, tempoh gangguan bekalan air diakui menjadi waktu yang paling genting buat semua, namun pihaknya optimis ia dapat diselesaikan mengikut masa ditetapkan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... n-air-minggu-depan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.186369 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list