CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34278|Reply: 0

SRK dipuji santuni peminat warga emas

[Copy link]
Post time 2-1-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode

SHAH RUKH KHAN

NAMA aktor Shah Rukh Khan (SRK) terus mengharum apabila dikatakan telah menunjukkan sikap luar biasa kepada peminat yang sangat besar maknanya terhadap masyarakat sekeliling.

Peristiwa manis tersebut dikongsikan seorang individu dalam media sosial yang mengakui terkejut apabila selebriti tersohor seperti SRK sanggup melayani peminat.

Peminat dimaksudkan adalah ibu kepada pemilik akaun Instagram yang mendedahkan berada dalam majlis di mana Raja Bollywood itu sebagai tetamu kehormat.

“Saat melihatnya, ibu saya hampir pengsan kerana terlampau teruja tetapi ketika itu SRK dikelilingi pengawal keselamatan yang menjaganya dengan ketat.

“Namun, bagai mengerti keterujaan ibu saya, dia menghantar petugas untuk bertanyakan keadaan ibu saya sedangkan dia tidak perlu pun berbuat demikian.

“Bukan sekadar prihatin, bintang yang terkenal di seluruh dunia itu kemudian datang ke tempat duduk kami semata-mata mahu menyapa ibu.

“Sikapnya ibu sangat mengharukan, malah emak saya berulang kali menyatakan SRK sememangnya penghibur hebat,” katanya.

Menurut individu terbabit, keikhlasan bintang Jawan itu terserlah apabila matanya hanya memandang ibunya sepanjang perbualan.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... peminat-warga-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046941 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list