CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13554|Reply: 19

[Politik] Langkah Dubai: Agenda tebuk atap PN menimbulkan kemarahan, makan diri

  [Copy link]
Post time 2-1-2024 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 2-1-2024 10:46 AM



PELBAGAI isu politik kian hangat menjadi bualan ramai menjelang 2024 ini.

Ia termasuklah dengan dakwaan Langkah Dubai yang cuba dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) dikatakan antara gerakan untuk menjatuhkan legasi pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila dakwaan tersebut dinyatakan sendiri oleh Jabatan Komunikasi (J-KOM).

Sejurus sahaja dakwaan itu tular, pelbagai pihak termasuk pembangkang turut dilihat tercabar dan cuba membidas dengan menyatakan ia hanyalah rekaan semata-mata.

Bidasan itu dilakukan oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga mendakwa ia hanyalah rekaan cerita dongeng untuk menutup kegagalan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, isu yang telah menimbulkan pergolakan dalam kalangan pemimpin politik itu nampaknya lebih membangkitkan kemarahan rakyat.

Hal ini kerana, ada yang berpendapat bahawa para pemimpin seharusnya lebih fokus kepada pembangunan negara serta keadaan masyarakat.

"Sudah-sudahlah, fokus pada kemajuan rakyat dan negara. Rakyat perlukan kerja untuk terus kehidupan," tulis Aizam Othman.

Bukan sekadar itu, rata-rata warga maya kelihatan berang terhadap parti PN yang terbabit dalam isu berbangkit itu kerana ia dilihat seolah-olah mencari jalan pintas untuk meneraju pentadbiran negara.

Pemimpin PN asyik nak tebuk atap, mereka ingat boleh berjaya ke? Pemimpin PN semua tak boleh mentadbir negara percayalah," tulis Aki Aki Perak.

"Tunggulah Pilihan Raya Umum (PRU), asyik nak tebuk atap sahaja. Fikirkan tentang rakyat dan negara," komen Ishak Ibrahim.

Pada masa sama, ada juga yang mendakwa bahawa wakil rakyat PN tidak sepatutnya berfoya-foya di Dubai sehingga mengabaikan nasib rakyat yang dalam kesusahan.

"Wakil rakyat berfoya-foya di Dubai, rakyat yang mengundi mereka, hidup dalam kedaifan dan terpaksa menghadapi musibah.

"Apa jenis wakil rakyat yang sibuk menjaga poket dan kedudukan masing-masing. Baik tak perlu ada wakil rakyat," komen Roslan Omar.

Sementara itu, di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat juga warganet memuji tindakan Kerajaan Perpaduan yang tidak melayan sebarang persepsi dalam isu langkah Dubai yang dilontarkan.

"Ada dua kegagalan yang disebut iaitu, isu diesel dan isu cukai barangan dalam talian.

"Kemudian disebut kerajaan gagal menyelesaikan masalah persepsi itu. Terima kasih sebab mengaku ia hanyalah persepsi, sebab itu kerajaan Madani tak buang masa melayan," komen Mohamad Azlan.


Single Polls, Total 35 Users voted

Count down: 246 Days18 Hours0 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu Langkah Mahkamah je
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Plantanon tak perlu gelabah
Majoriti kerajaan madani kan dah 2/3
Kenapa nak gabra takut tumbang

Rekod terbaik langkah melangkah ni dari dulu sampai sekarang tetap dimenangi oleh plantanon selama 25 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Anda mungkin terlupa Langkah Kajang?


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 2-1-2024 01:44 PM
Plantanon tak perlu gelabah
Majoriti kerajaan madani kan dah 2/3
Kenapa nak gabra takut tumbang

Poor shit...langkah x menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tanya chatgpt pasal langkah Dubai betul ke x..'Menurut hasil carian web saya, Langkah Dubai adalah dakwaan yang belum disahkan kebenarannya, dan ada yang menganggapnya sebagai khabar angin atau fatamorgana. Langkah ini didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun, yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapok tua planta terkenal dgn LANGKAH 100 KEBELAKANG...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:20 PM | Show all posts
Saka PoeN biasa lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:12 AM | Show all posts
cam pelaq!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by garyura at 3-1-2024 09:44 PM

Elok jugak tukar kerajaan... Dah merasa setahun bawah kerajaan ni... Nampak impak terlalu minima... Byk sgt berpolitik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-1-2024 02:42 PM
Anda mungkin terlupa Langkah Kajang?

Dan langkah Port Dickson...haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 3-1-2024 10:05 PM
Dan langkah Port Dickson...haha

Kesian arwah tan sri khalid ibrahim.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkah Langkah ni yang mulakan dia jugak kan. Dengan Langkah Kajang nya...Langkah Port Dickson nya.. sekarang ghisau la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:16 PM | Show all posts
Langkah pintu jamban...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:27 PM | Show all posts
Langkah mayat ku dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sila langkah ke alam barzah sajalah .. meluat dengan politik sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan dan menjadi
kenyataan.
Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Langkah Dubai?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 08:27 AM | Show all posts
hilang fokus rakyat pada kes rasuah Tun & Tun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.130854 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list