CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37145|Reply: 0

[Dunia] Suami isteri rancang bunuh anak di Gurun Sahara

[Copy link]
Post time 31-12-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri rancang bunuh anak di Gurun Sahara


BAHAGIAN Gurun Sahara di Maghribi. FOTO fail AFP

Madrid: Pihak berkuasa Sepanyol menahan suami isteri warga Perancis, pada awal bulan ini, kerana merancang untuk membunuh anak lelaki mereka berusia lima tahun di Gurun Sahara.

Pasangan itu ditahan pada 21 Disember lalu di pelabuhan Algeciras di selatan Sepanyol, ketika keluarga itu hendak menaiki feri ke bandar Tangiers di Maghribi.


Pasukan polis Guardia Civil berkata dalam satu kenyataan, mereka menahan suami isteri itu yang berniat untuk membunuh anak lelaki mereka yang berusia lima tahun di Sahara, kerana mempercayai kanak-kanak itu dirasuk.

Pasangan itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental dan terdapat waran tangkap Eropah untuk penculikan kanak-kanak bawah umur, tambah Guardia Civil.

Hakim di Sepanyol kemudian mengarahkan pasangan itu ditahan reman.


Kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dihantar ke pusat untuk tetamu di bawah umur di Sepanyol, sebelum dikembalikan ke Perancis.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... nak-di-gurun-sahara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058274 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list