CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34813|Reply: 19

[Jenayah] Promosi kerajaan RM700 juta, dua bekas PM bakal mengadap SPRM

  [Copy link]
Post time 31-12-2023 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-1-2024 12:28 PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya sedang menyiasat proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022, yang menggunakan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan, namun beliau tidak mengulas lanjut.

Sementara itu satu sumber berkata, semalam pasukan SPRM sudah ke Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai sebahagian proses siasatan.

Malah pihak SPRM juga sudah mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA


"SPRM sudah memulakan siasatan awal berhubung isu membabitkan penggunaan wang sebanyak RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini.
"Siasatan ini dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lalu.

"Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan berkenaan digunakan dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

Terdahulu, SPRM dilaporkan berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengenai perbelanjaan itu, malah akan memanggil bekas pemimpin tertinggi kerajaan berhubung siasatan itu.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kepada BH beliau belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM berhubung satu siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan itu.

Sabtu lalu, BH melaporkan, polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum itu menulis di catatan media sosial X, berhubung perbelanjaan itu dan berkata, rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu.

Dalam perkembangan itu, sumber berkata, siasatan ketika ini adalah berbentuk tindakan proaktif bagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta itu.
"Siasatan awal masih berjalan dan ia menjurus kepada bagaimana wang itu dibelanjakan.

"SRPM juga sedang menyiasat adakah proses perbelanjaan dan pengurusan berkenaan mengikut tatacara yang betul," katanya.



Berita terkait...



KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu hari ini.


“Kita akan membuat siasatan termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 2 petang tadi.


“Perbelanjaan tersebut besar…kita (rakyat) mahu tahu ke mana perginya perbelanjaan RM700 juta, ada sumber mendakwa bahawa ada penyalahgunaan kuasa melibatkan bekas petugas perdana menteri sebelum ini.


“Kami mahu polis menyiasat perkara ini dan diikuti siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,“ katanya ketika dihubungi Bernama.


Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.


Perbelanjaan oleh dua pentadbiran terdahulu adalah bagi menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan. – Bernama







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah akibatnye bila sukahati buat darurat tak bagi parlimen bersidang. Siasat sampai ke lubang cacing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2023 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:42 AM | Show all posts
Ai geli dengan ex advisor dia. Ex lecturer iols. Nyesal buang masa crushing heols
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
yoppoy replied at 1-1-2024 12:42 AM
Ai geli dengan ex advisor dia. Ex lecturer iols. Nyesal buang masa crushing heols

Siapa ek. Nk tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2024 01:08 AM | Show all posts

Fb search marzuki mohamad. Lecturer yuaieh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2024 08:24 AM | Show all posts
Update:

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kepada BH beliau belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM berhubung satu siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan itu.

Sabtu lalu, BH melaporkan, polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum itu menulis di catatan media sosial X, berhubung perbelanjaan itu dan berkata, rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu.

Dalam perkembangan itu, sumber berkata, siasatan ketika ini adalah berbentuk tindakan proaktif bagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta itu.
"Siasatan awal masih berjalan dan ia menjurus kepada bagaimana wang itu dibelanjakan.

"SRPM juga sedang menyiasat adakah proses perbelanjaan dan pengurusan berkenaan mengikut tatacara yang betul," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 08:53 AM | Show all posts
Betul ker 700 Juta?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:55 AM | Show all posts
sembang parpu je lebih, last2 tarak apa pun, saja nak perabih jualan surat kabo
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:58 AM | Show all posts
rumah terbuka raya 5 negeri termasuk sekali tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:58 AM | Show all posts
....................

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya kempen2 promosi dari gov ni blh buat ke x...dulu madey ngan wawasan2020..najib 1 msia, skang madani...blh tau ke bape duit dah abis utk buat benda2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:37 AM | Show all posts
Bagus sebenarnya ada siasatan walaupun melibatkan personaliti vvip ttg skandal-skandal sehingga ada yang melibatkan ratusan juta

ini kelebihan pemerintahan anwar yang tidak perna ada dalam mana-mana pm malaysia sebelum ini. pm selepas anwar patut teruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:50 AM | Show all posts
Share jugak hasil siasatan whether legit atau tak. Setakat cerita siasat itu ini tapi tak valid buang masa aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:22 PM | Show all posts
RM700 juta untuk 3 tahun. Setahun RM233.33 juta. Sebulan RM19,444 Juta kos publisiti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:32 PM | Show all posts
Promosi kerajaan bacul tebuk atap tak nak bukak parlimen takut hilang kuasa sampai kurung rakyat 18 bulan sampai ada yg angkat bendera putih? Poodah..jaga agama. bangsa konon..pada masa sama anak menantu kroni bolot beras, tender rundingan teros, jual mask cepat putus.....bootoh sekor2 jaga agama katanye
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:42 AM | Show all posts
…..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.089880 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list