CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37661|Reply: 0

[Perlis] Tekong warga tempatan ditahan seludup benih kerang

[Copy link]
Post time 30-12-2023 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Tekong warga tempatan ditahan seludup benih kerang

OlehROSHILA MURNI ROSLI
30 Disember 2023 01:20pm




Bot fiber tanpa nombor pendaftaran tersebut ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam pada kedudukan 0.95 batu nautika dari timur laut muara Sungai Perlis.



KUALA PERLIS - Seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis selepas didapati melakukan aktiviti menyeludup benih kerang secara haram di sekitar perairan Kuala Perlis, awal pagi Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot ronda Maritim Malaysia tiba di lokasi tangkapan ketika sedang melakukan rondaan Op Aman, Op Tiris 2.0 dan Op Khas Mardof di sekitar kawasan perairan tersebut.



Katanya, bot fiber tanpa nombor pendaftaran tersebut ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam pada kedudukan 0.95 batu nautika dari timur laut muara Sungai Perlis.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot yang berpengkalan di Kuala Perlis itu melakukan aktiviti menyeludup benih kerang secara haram," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Antara benih kerang yang cuba diseludup masuk oleh tekong terbabit.






Menurutnya, bot dikemudikan oleh seorang tekong warga tempatan berusia 48 tahun dan tiada awak-awak bersamanya.

"Tekong, bot, enjin sangkut dan hasil tangkapan benih kerang yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
"Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Peraturan 9 (1) (Peraturan-peraturan Perikanan Pemuliharaan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan menjual apa-apa benih kerang melainkan dikeluarkan lesen untuk mengambil benih kerang," katanya.




Jelasnya, kerang amat penting dalam menjana ekonomi negara dan menjadi penanda aras bagi kepelbagaian biodiversiti dan kelestarian sumber perikanan yang terdapat di perairan kita.

"Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

"Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list