View: 19094|Reply: 0
|
Liga Malaysia: Ivan Mamut kekal bersama Sang Penyu
[Copy link]
|
|
Liga Malaysia: Ivan Mamut kekal bersama Sang Penyu
Ivan mamut menjadi salah seorang pemain import paling menyerlah Liga Malaysia musim ini. - Foto ihsan TFC
PETALING JAYA: Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC (TFC) mengesahkan penyerang import sensasi dari Croatia, Ivan Mamut akan terus menjadi ayam tambatan pasukan pada kempen baharu Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan telah menarik minat beberapa kelab ternama Liga M selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim ini bersama Sang Penyu.
Namun, pihak pengurusan TFC mendedahkan, Mamut bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan untuk terus menyarung jersi pasukan pada musim 2024/2025 nanti.
“Penyerang utama pasukan, Mamut secara rasmi telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama pasukan TFC dalam mengharungi saingan Liga M pada musim depan.
“Dengan pengumuman ini, desas-desus yang mengaitkannya berhijrah bersama pasukan negeri lain musim depan akhirnya terlerai selepas dia bersetuju menyambung kontrak setahun lagi bersama TFC.
“Apa yang kita harapkan agar dia dapat membantu pasukan lebih cemerlang musim depan berbanding muncul naib juara Piala Malaysia tahun ini,” kata kenyataan TFC.
Mamut yang membuat penampilan sulung dalam kancah Liga M tahun ini berjaya meledak 22 gol dalam 32 penampilan bersama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu.
Difahamkan, TFC turut memburu seorang lagi pemain import dengan penyerang Kelantan United, Ismaheel Akinade menjadi sasaran.
Terdahulu, pihak pengurusan telah mengesahkan, dua pemain import berpengaruh iaitu Sony Norde dan Habib Haroon terpaksa digugurkan musim depan. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... bersama-sang-penyu/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|