CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10297|Reply: 0

[Pulau Pinang] Undang-undang syariah tak perlu pakar bukan Islam

[Copy link]
Post time 30-12-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Undang-undang syariah tak perlu pakar bukan Islam

OlehMOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
30 Disember 2023 07:00am




Wan Salim



SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan bahawa, pakar bukan Islam tidak perlu dilantik bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Beliau berkata, tiada keperluan meletakkan pakar bukan Islam dalam jawatankuasa itu kerana dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini terdapat ramai golongan pakar dalam undang-undang Islam.


Menurut beliau, terdapat ramai dalam kalangan pakar dalam bidang itu berkhidmat di institusi pengajian tinggi tempatan, bidang kehakiman syarie dan mereka yang mempunyai pengalaman sebagai hakim serta peguam.
“Selain itu, setiap individu yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang Islam perlu mempunyai latar belakang akademik yang khusus dalam ilmu-ilmu berkaitan hukum syarak termasuk ilmu fiqh, usul Fiqh, ulum tafsir, hadis dan mustalah hadis di samping penguasaan ilmu-ilmu seperti nahu, saraf dan balaghah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.



Bagaimanapun, beliau menjelaskan, orang bukan Islam terutama ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mungkin dapat memberi pandangan tentang kes-kes membabitkan penganut agama selain Islam seperti kes murtad, penjagaan anak daripada pasangan berbeza agama yang bercerai dan sebagainya.

“Tetapi ini bukan dalam penggubalan undang-undang Islam dan biarlah umat Islam sendiri menangani urusan-urusan berkaitan dengan peraturan agama mereka.

“Manakala orang bukan Islam pula memberi tumpuan kepada hal-hal bersangkutan masyarakat masing-masing,” jelas beliau.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034437 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list