CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11364|Reply: 2

Pierce Brosnan Dihukum Penjara 6 Bulan, Langgar Peraturan Taman Negara Yellowstone

[Copy link]
Post time 30-12-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Bekas pelakon “James Bond”, Pierce Brosnan berdepan dengan kemungkinan dipenjara selama enam bulan di Amerika Syarikat. Aktor dan penerbit Ireland ini dikatakan telah melanggar peraturan di Taman Negara Yellowstone ketika menjalani penggambaran “Unholy Trinity”


Pierce akan hadir ke Mahkamah Wyoming pada 23 Januari 2024; bagi menghadapi pertuduhan merentas ke kawasan terma yang terhad dan berbahaya di taman negara itu.






Insiden yang berlaku pada 1 November 2023 baru-baru ini, Pierce didakwa meninggalkan laluan yang ditetapkan di bahagian Mammoth Terrace, Yellowstone cuba mendekati mata air panas terlindung di Mamoth Terraces.


Akibat daripada tindakannya itu, Brosnan dihadapi dua pertuduhan iaitu (1) Berjalan di Kawasan Terma dan (2) Pelanggaran Penutupan.


"Untuk pengetahuan kamu, peraturan persekutuan menguatkuasakan dengan tegas bahawa pelawat mesti kekal di laluan pejalan kaki yang ditetapkan.


"Ianya bertujuan untuk memastikan keselamatan dan melindungi ekosistem taman negara itu," kata hakim.


Sekadar info, Pierce merupakan salah seorang daripada beberapa pelancong yang cuba melanggar peraturan di taman negara ini. Sumber mencatatkan sekurang-kurangnya 22 orang telah kehilangan nyawa akibat melecur ketika berada di mata air panas dan geiser Yellowstone.


Jika didapati bersalah, Pierce mungkin berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga $5000 (RM22957.50).




Sumber: Murai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
US ni beruntung betul la.
Negara dia cukop byk national parks, national forests, scenic trails.
Well maintained lak tu.
Mesti ada poromer dlm ni dh penah sampai one of those tempat or mebi more.
Meols mampu nengok kt tv jahh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru layan citer Bond The world is not enough kat tv td.... Bond paling hesmes.. Daniel Craig tu turn off betul.. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.054269 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list