CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26285|Reply: 2

[Tempatan] Selidik lah semua orang yang ada duit – Dr. Mahathir

[Copy link]
Post time 29-12-2023 11:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nusaraya at 30-12-2023 12:03 AM

Woow ... Inilah contoh pemimpin bangsa bani tamim yang patut diteladani ... sekarang tertinggal pada pihak SPRM atau pihak kerajaan untok menindak-lanjut cabaran dari Tun M ini ...

Bravo ....Ingatlah seruan Tun M kepada pemimpin-pemimpin melayu bani tamim lainnya ....Mengapa takut dan terancam jika BERSIH dari perbuatan RASUAH ?

Tetapi juga janganlah lupa prinsip atau etika dasar ini ...  

1,  Sesama pelaku Rasuah haruslah dilarang saling menuduh atau mendakwa serta membuka AIB  pihak pelaku rasuah lainnya ....atau dengan kata lain ....Sesama Maling Dilarang teriak Maling ....

2.   Sesama pelaku Rasuah haruslah  saling tolong menolong dan melindungi satu sama lain jika mendapatkan masalah hukum atau  dakwaan rasuah di masa hadapan..


3.  Pelaku rasuah yang berbangsa melayu dan beragama islam haruslah memberikan sadaqah minimal 30% dari jumlah rasuahnya untuk membangun masjid, madrasah, hospital etc sebagai bekal di akhirat nanti ...

Jika 3 prinsip etika dasar di atas itu dipatuhi di Malaysia ... maka Itulah yang dinamakan Rasuah yang HALAL.. Rasuah yang sesuai dengan hukum Syariah Islam .... sehingga X akan takut ketika didakwa atau diselidiki asal usul kekayaan atau hartanya ...Hehehehe


LANGKAWI: Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pihak berwajib untuk menyiasat semua pihak yang tidak menjelaskan sumber pendapatannya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat mempunyai hak untuk menilai tindakan kerajaan dalam menyiasat salah laku mana-mana individu.
“Yang itu terpulang kepada rakyat menilai tindakan yang dibuat kerajaan. Tapi yang saya sebut di situ (laman sosial), Daim pun kena, tapi Zahid tak kena. Tapi Syed Saddiq kena. Tak tahu siapa dia.
“Kenapa mereka ini dipilih, orang yang ada duit banyak ini ada banyak, patut selidik lah semua orang yang ada duit. Saya dah kata saya ada duit banyak, saya suruh dia tunjuk bukti sampai la (sekarang) tak tunjuk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Santai Bersama Tun Dr. Mahathir di sini, semalam.
Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menulis satu hantaran di media sosialnya yang menggesa kerajaan menahan reman semua yang bergelar Tun termasuk dirinya jika individu tersebut gagal menjelaskan sumber pendapatannya.
Kenyataan itu dipercayai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang melancarkan siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin di atas dakwaan pengubahan wang haram dam rasuah.
Beliau menyatakan, Peguam Negara (AG) juga berhak untuk tidak meneruskan pendakwaan sekiranya tuduhan tersebut berunsur politik.
“Ini adalah hak AG. Mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan AG.
“Malaysia benar-benar mematuhi kedaulatan undang-undang. Malah, pesalah pertama mesti menerima kuasa penuh kedaulatan undang-undang.
“Jika hukuman sebat adalah wajib, maka pesalah hendak lah disebat. Di Malaysia, undang-undang adalah tertinggi. Kita semua mesti mematuhinya,” katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2023 03:26 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 30-12-2023 03:34 PM

Apakah Tun M memenuhi  3 kriteria dasar rasuah di atas selama berkuasa ?
  
Jika YA ... maka X hairanlah jika beliau berani mencabar secara TERBUKA pihak SPRM dan pihak kerajaan yang berkuasa untuk menindak-lanjutinya....
  
Perkembangan yang betol-betol menarik ....Sekarang tinggal kita tunggu ....apakah SPRM atau PMX berani menerima cabaran itu .....

Bagaimana comment atau  tanggapan anda ?


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 06:52 PM | Show all posts
dolu2..

Ton Eem dikatakan protek Ton Diam dari tuduhan sakau n resuah..

la ni..

muncul protekter2 baru kpd penyonglap duet rekyat..

iaitu majoriti acik2 porum CI

acik2 porum CI marah sbb SPRM bongkar penyakau n peresuah ni

kata gomen la ni balas dendam

doniya doniya..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048749 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list