CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32904|Reply: 0

[Perlis] Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan tahun ini, nilai rampasan lebih RM5.98 juta

[Copy link]
Post time 29-12-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan tahun ini, nilai rampasan lebih RM5.98 juta


BERNAMA





Padang Besar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan pelbagai barang seludup bernilai lebih RM5.98 juta, dengan nilai cukai dianggarkan RM3.85 juta.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata barang rampasan yang merekodkan nilai tertinggi ialah kenderaan dengan jumlah rampasan bernilai RM3,050,510 membabitkan nilai cukai RM2,667,799 diikuti dengan rampasan dadah RM1,844.306.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga pihaknya berjaya merampas rokok seludup bernilai RM222,059 (nilai cukai dianggarkan RM593,407), minuman keras RM127,543 (cukai RM264,300) dan lain-lain komoditi bernilai RM718,024 (cukai RM327,382).

"Rampasan minyak petrol dan diesel berjumlah RM16,902.43 manakala minyak masak merekodkan nilai rampasan RM4,117.50," katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan, Pejabat Kastam Padang Besar di sini hari ini.

Ismail berkata antara modus operandi yang dipercayai kerap kali digunakan untuk aktiviti penyeludupan itu adalah dengan menyembunyikan barang kes di bawah longgokan kertas selain menyembunyikan barangan diseludup itu dalam timbunan pakaian yang diletakkan dalam bagasi.



Disiarkan pada: Disember 29, 2023 @ 4:05pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list